Showing posts with label Photo a Day. Show all posts
Showing posts with label Photo a Day. Show all posts

Monday, October 29, 2012

Just the way I want to remember it..

"Everyday moments you capture now, 
will be the memories you will cherish forever." 

~ Lacey Meyers 



Harapan.
Moga satu hari nanti.
Diberi kepercayaan untuk merakam moment seperti ini untuk clients saya.

Apa lagi yang lebih indah.
Selain hari-hari yang dilalui.
Di satu tempat yang paling selamat.
Tempat berlindung sekeluarga.

Tiada yang lebih selesa.
Yang lebih gembira.
Yang lebih bermakna.
Melihat kembali.
Siapa diri kita.

For keeping the true memories..
About their daily lives.
One day.
I hope.
One day.
I have the chance capturing those memories for them..


Zubye.

Read more...

Thursday, August 11, 2011

Slice of Life : Photo a Day : Day 19

A photo a day of my son. That is what the project is.



Day 19
7 June 2011

Lama. Lama saya tidak update tentang projek kami berdua ni. last sekali masa awal July yang lepas. Pada yang mengikuti, mungkin tahu tentang projek ini yang saya mulakan pada 20 May lepas, cuba sedaya upaya dan mencabar diri sendiri mengambil gambarnya sehari sekali. Ya, sebenarnya saya berjaya mengekalkan rutin itu selama 30 hari. Bukan mudah rupanya bila kita mencabar diri sendiri, tapi di sebalik itu, kita peroleh banyak manfaat dari apa yang kita cuba buat :-)

Ini adalah gambarnya pada hari yang 19.

Saya ingat lagi hari tu siangnya, waktu nak masuk ofis, kami dapati ofis berselerakan kena pecah masuk. Satu hari yang menduga kami sekeluarga.

Tapi budak lelaki ini tidak pernah walau sekali pun gagal untuk membuat saya dan abahnya tersenyum dan ketawa melihat gelagatnya. Dia sebenarnya yang buat saya selalu bertahan, membuat saya yakin di sebalik kejadian buruk ada kebaikan yang terselindung. Dia membuat saya sedar, yang dugaan yang datang untuk diri saya tidaklah sehebat mana untuk ditangisi, untuk diratapi. Kecil saya diuji, tidak perlu saya patah harapan. Dia buat saya bersyukur walau dalam masa yang sama saya ditimpa kesusahan. Dia kekuatan.

Malam itu bila dia membuat aksi ini terus lenyap difikiran saya tentang apa yang telah berlaku kepada kami siangnya. Saya tahu bila kita ditimpa musibah atau apa sahaja kesusahan, kita perlu berterima kasih dengan apa yang kita ada sekarang. Kita juga perlu bersyukur bila ditimpa kesusahan sebab ini membuat hati kita dekat dengan yang mencipta kita. Tidak perlu tunggu untuk memperoleh yang 'besar-besar' untuk kita kecap rasa gembira. Anak yang sedang membuat aksi spiderman dengan unmatch baju dan seluarnya... yang memakai seluar sampai hampir dada ini pun sudah boleh buat kita gembira dan ketawa.

Senyum, dan terus senyum :-)

Till Day 20.


Zubye.

Read more...

Wednesday, July 6, 2011

Slice of Life : Photo a Day : Day 18

A photo a day of my son. That is what the project is.


Day 18
6 June 2011

Just one.

A simple one.

But it means a whole world to me.

I love you son.

You know it. As I say it everyday.

I love you.

More than words can say.



Till day 19.

Zubye.

Read more...

Slice of Life : Photo a Day : Day 17

A photo a day of my son. That is what the project is.



Day 17
5 June 2011

Lupa? Sudah pasti tidak. Cuma (seperti biasa) masa yang terhad menghadkan saya untuk update tentang ini. Tentang projek ini.

Pada yang mungkin belum 'familiar' dan tahu tentang apa projek yang saa katakan ini.. bolehlah lihat semula di sini. :-)

Di hari ke 17. Saat itu saya sibuk melipat kain di dalam rumah... tiba-tiba saya dengar dia memanggil..
"Mama, I have something for you!!!"

Bubbles! Banyak bubbles di dalam rumah. Abahnya menyorok di belakang pintu dan meniup bubbles dari satu lagi botol yang lain.. menolong dia menghadiahkan mamanya bubbles yang cukup banyak! dan bubbles itu pun memenuhi segenap ruang rumah.

Cepat-cepat. Meloncat saya mencapai kamera.

Berkilat. Jernih. Berkilau. Ibarat hati saya pada hari itu. Hati kami :-)

Berkilaulah selamanya, Insyaallah :-)



Till day 18.

Zubye

Read more...

Friday, June 17, 2011

Slice of Life : Photo a Day : Day 16

A photo a day of my son. That is what the project is.


Dad, you're someone to look up to no matter how tall I've grown.
~Author Unknown



Day 16
4 June 2011

Sewaktu cuti sekolah lagi. Sempat bawa dia ke sini. Sunway Lagoon. Seronok bukan kepalang. Main bermacam-macam. Sampai penat. Rasa letih tolak tepi. Masuk rumah hantu tidak ketakutan. Tidak seperti mama yang hanya berani tunggu di luar. Heeee...

Ahad nanti Father's Day.

Happy Father's Day buat Abahnya yang jauh di mata ketika ini. Abah sentiasa dekat di hati :-). We love you Abah, sangat-sangat! This photo makes me miss you so much!


Till Day 17

Zubye.

Read more...

Thursday, June 16, 2011

Slice of Life : Photo a Day : Day 15

A photo a day of my son. That is what the project is.



Day 15
3 June 2011

Ini masa cuti sekolah lagi.

Saya suka cuti sekolah. Ini bermakna saya punya alasan untuk tidak masuk ofis dan buat kerja dari rumah sahaja. Cuti sekolah juga bermakna banyak kerja2 rumah yang saya idam-idam untuk buat akhirnya berjaya. Bila cuti sekolah saya terasa saya lah ibu paling best di dunia bila dapat buat macam-macam untuk anak saya.. hahaha.. bukan sebab masa tak cuti sekolah saya tak buat apa-apa.. tapi masa yang sangat terhad tidak memungkinkan saya dapat buat semua seprti yang saya angankan untuk dia.Bayangkan saja pagi gelap-gelap sudah bertolak ke studio. Kemudian dia ke sekolah. Malam gelap-gelap juga baru sampai ke rumah kembali.

Cuti sekolah juga bermakna saya dapat lakukan aktiviti outdoor dengannya dengan lebih kerap.

Seperti hari itu.Badminton sudah jadi rutin petang-petang. Bersukan menyihatkan badan.Bersukan buat badan berpeluh. Peluh buat badan bau busuk. Hikhik.. Tapi lepas mandi wangi-wangi terus rasa sihat segar bugar.

Mama : Irfan, dah berapa point?

Dia : Abah 75, Irfan 30

(erk.. kalau macam tu punya point, chong wei pun pengsan)

Mama : (buat-buat tak nak ketawa) So sapa yang menang?

Dia : Irfan la!! sebab Irfan ada 3 angka!!!

Sah!! tak boleh cuti lama-lama.. 3 angka pun dia dah lupa apa.



Till Day 16

Zubye.

Read more...

Tuesday, June 14, 2011

Slice of Life : Photo a Day : Day 14

A photo a day of my son. That is what the project is.




Day 14
2 June 2011


Hidup happy. Tiada gundah. Tiada gulana.

Teman mamanya sentiasa. Ke photoshoot. Ke mana-mana.

Ini dia hari itu.. sewaktu kami menunggu client tiba.

Ok bukan satu gambar. Kali ini banyak. Marilah kita bergumbira! :-)



Till Day 15.

Zubye.

Read more...

Friday, June 10, 2011

Slice of Life : Photo a Day : Day 13

A photo a day of my son. That is what the project is.



Day 13
1 June 2011


"Do you wish to rise? Begin by descending. You plan a tower that will pierce the clouds? Lay first the foundation of humility."

~ Author unknown





Till day 14.


Zubye.

Read more...

Slice of Life : Photo a Day : Day 12

A photo a day of my son. That is what the project is.


Day 12
31 May 2011


Lightning Mc Queen : I'm a very famous race car!


Luigi : You are famous race car? A real race car?

Lightning Mc Queen : Yes, I'm a real race car, what do you think? Look at me.

Luigi : I have followed racing my entire life, my whole life!

Lightning Mc Queen : Then you know who I am. I am Lightning McQueen.

Luigi : Lightning McQueen!

Lightning Mc Queen : Yes! Yes!

Luigi : I must scream it to the world, my excitement from the top of someplace very high. Do you know many Ferraris?

Lightning Mc Queen : No, no, no, they race on the European circuit; I'm in the Piston cup.

[Luigi and Guido frown at McQueen]

Lightning Mc Queen : What?

Luigi : Luigi follow only the Ferraris.



Haa..a...a...a...a...!!

Remember those dialogs? He watched the DVD like hundreds of time.. and wowwweee!!! We seriously couldn't wait for CARS 2!!!


Till Day 13.


Zubye.

Read more...

Slice of Life : Photo a Day : Day 11

A photo a day of my son. That is what the project is.



Day 11
30 May 2011

Cuti sekolah.

Maknanya tidur lambat, bangun lambat, mandi lambat, main banyak-banyak!!!

3 more days to go back to school!


Till day 12.

Zubye.

Read more...

Wednesday, June 8, 2011

Slice of Life : Photo a Day : Day 10

A photo a day of my son. That is what the project is.



Day 10
29 May 2011

Seorang atok tidak akan pernah kisah akan kredit telefon nya yang bakal habis bila si cucu memaksanya telefon walaupun duduk sebelah-sebelah.

Seorang atok akan merasa perbualan di telefon bersama cucu kesayangan yang berada hanya di sebelahnya adalah sesuatu yang menghiburkan selama dia dapat membuat cucunya ketawa terbahak-bahak, itulah bahagia padanya.

Seorang atok tidak peduli lagi akan urusan-urusan luar yang lain.. selagi dia dapat duduk dengan cucunya bergelak ketawa melayan kerenah cucu yang kadang-kadang tak masuk akal.

Seorang atok tidak kisah disoal bertubi-tubi, di tanya banyak kali asal cucunya puas dengan jawapan yang diberi.

Seorang atok tidak akan merasa masanya terbuang bila dia dapat mencium dan memeluk cucunya seberapa banyak yang dia mahu. Seberapa lama yang dia ingini.

Kisah seorang atok dan cucu. Kasih yang tiada batas. Penyambung kasih antara dia dan anaknya. Atok yang sangat pemurah dengan kasih sayang, lidah tidak jemu memberi nasihat. Tidak kira cucunya masih lagi kecil ataupun sudah besar, si cucu pasti akan ingat nasihat yang tersemat di hati seperti ibunya yang tidak pernah lupa akan pesanan atok dari dulu hingga sekarang.

Saya sayang atok itu. Dia Babah saya :-)

Till Day 11.


Zubye

Read more...

Thursday, June 2, 2011

Slice of Life : A photo a day : Day 9


Day 9 .
28 May 2011.

Tidak. Tidak lupakan. Masih teruskan projek kecil kecilan kami ini. Sudah hari sembilan.

Arashidin. Arash. Ash. Sepupunya. Menetap di Kuching. Ke Kuala Lumpur untuk satu pembedahan. Di IJN. Syukur.

Sabtu lepas kami datang lagi melawatnya. Sudah keluar dari ICU. Sudah di wad biasa. Syukur lagi.

Teruslah kuatkan semangat. Di masa sekarang dan akan datang.

Semoga Ash sembuh dapat berlari-lari aktif seperti kanak-kanak lain. Semoga tidak ada apa lagi yang bakal merungsingkan.

Kita jumpa di Kuching hari raya akan datang.

Get well soon Ash!


Till Day 10.

Zubye.

Read more...

Friday, May 27, 2011

Slice of Life : Photo a Day : Day 8

A photo a day of my son. That is what the project is.




Day 8 .
27 May 2011.

Mengapalah mata bergenang-genang melihat gambar ni.

Adakah hati yang terlalu sensitif dan sentimental sejak akhir-akhir ini. Melihat dia sudah bagai tahu melakukan 'semua' tidak lagi seperti bayi. Melihat adakala dia berusaha sendiri tanpa meminta pertolongan Mama mahupun abah. Melihat dia begitu berdikari.

Tapi hari ini.. tengahari ini.. diminta saya memandikannya. Sudah mandi, waktu saya mengelap badannya.. di pegangnya pipi saya. Kedua-dua belah. Lalu diciumnya dahi saya.

Dan di ucapnya "Irfan rinduuuuuu sangat dekat Mama hari ni."

Ucapan yang mungkin sudah biasa saya dengar dari mulut nya yang suka mengomel. Tapi hari ini dengan pandangannya, dapat terus meresap semua keihklasannya di dalam hati.

Terima kasih Irfan. Please be my sunshine forever!




Till 'Day 9'

Zubye

Read more...

Slice of Life : Photo a Day : Day 7

A photo a day of my son. That is what the project is.


Day 7 .
26 May 2011.

One of my favourite :-)

He and his 'airplane'.

The plane that he creates by himself using the Lego creator.

His new favourite toys at this moment.

And I like the quote above :-)

Okay okay.. I know this is 'A photo a day' project.. but.. but.. can I just share one more? because the plane is not too visible in the photo above and because.. because I just can't help myself from showing you thissss.... my innocent boy proudly hold his newly created 'plane' and he is hiding behind the curtain :-)))







Till 'Day 8'.

Waittt!!! What? Day 8? It's finally a week I've been doing this project! Syabas to me!! :-)))

Zubye.

Read more...

Slice of Life : Photo a Day : Day 6

A photo a day of my son. That is what the project is.



Day 6 .
25 May 2011.

Semakin hari semakin seronok mengambil gambarnya hari-hari.

Budak kecik yang penuh curiosity, eksperimen macam-macam yang dicipta sendiri, imaginasi terus berimaginasi.

Banyak perkara yang kadang terlepas pandang. Yang kadang datang sekali sahaja tak de siaran ulangan.

Semoga saya terus ingat, kerana dia lah saya melakukan semua ini.

Semoga saya terus sabar menghadapnya hari-hari, merakam setiap emosi.

Dia nombor satu saya punya inspirasi!



Till 'Day 7'.


Zubye.

Read more...

Wednesday, May 25, 2011

Slice of Life : Photo a Day : Day 5

A photo a day of my son. That is what the project is.



Day 5.
24 May 2011.

Pulang dari sekolah hobi 'berlengging'.

Ke hulu ke hilir, mundar mandir, ke depan ke belakang. Berpusing-pusing.

Perut kenyang hati suka.

Habis mainan, ambil kamera.

Kita nak ambil gambar dia. Dia nak ambil gambar kita. Dia nak ambil gambar sendiri.

Oh Irfan, pergilah mandi! :-))




Till 'Day 6'.

Zubye

Read more...

Tuesday, May 24, 2011

Slice of Life : Photo a Day : Day 4

A photo a day of my son. That is what the project is.


Day 4.
23 May 2011.

Buku dan ilmu adalah cahaya.

Ibarat cahaya yang menyinar di ruang itu di suatu petang. Cantik.

Cintailah buku. Cintailah ilmu. Wahai anakku.

Di sini tempat kegemaran kami. Bila petang, sementara menunggu Abahnya pulang, selalu kami ke sini menghabiskan waktu. tempatnya hanya dipisahkan 2 tangga dari studio kami.

Ruangnya kemas dan boleh berbaring-baring. Memberi selesa kepada yang datang. Setiap petang, jika dia tidak tidur, tentu ditunggu masa untuk ke sini - ke sebuah perpustakaan mini.



Till 'day 5'

Zubye.

Read more...

Monday, May 23, 2011

Slice of Life : Photo a Day : Day 3

A photo a day of my son. That is what the project is.

There is always Music amongst the trees in the Garden, but our hearts must be very quiet to hear it. ~ Minnie Aumonier


Day 3.
22 May 2011.

Awak ada abang?
Selalu jawabnya : "Ada. Abang Arash."
Itulah sepupunya yang dianggap seperti abang sendiri.

Read more...

Slice of Life : Photo A Day : Day 2

A photo a day of my son. That is what the project is.


Day 2
21 May 2011

Selepas habis photoshoot clients dalam studio, cepat-cepat pula mengambil gambarnya. bersahaja dia duduk di atas 'stool' kegemaran, terus lihat ke arah kamera yang telah sedia 'menunggu'. Kemudian melompat turun sepantas kilat. sekelip mata sahaja berlaku.

Read more...

Slice of Life : Photo a day : Day 1

A project of us. One photo a day of my son.


Day 1 : Friday, 20th May 2011

Sudah hampir separuh tahun. Minggu lepas bila menggodek-godek gambarnya baru sedar tahun ini tidak begitu banyak gambarnya yang saya ambil. Ada waktu, sebulan tidak mengambil gambarnya! ahh.. mungkin ada yang telah saya kehilangan 'momen'nya. Rasa bersalah ada sedikit dalam hati. Dia membesar dan terus membesar. Yang semalam tak boleh lagi diulang. Hanya gambar dan ingatan untuk kenangan. Bila umur meningkat.. mungkin ingatan makin kurang. Banyak perkara lain yang perlu di fikir. Mungkin hanya dengan gambar boleh membantu ingat kembali apa yang telah berlaku.

Atas sebab itu, saya mulakan projek kecil ini dengannya. Mencabar diri sendiri untuk mengambil gambarnya at least sekeping sehari. Bukan hanya untuk melihat pembesarannya tapi juga apa yang telah dilaluinya. Mungkin tidak perlu bersiap-siap dengan pelbagai idea dan tema seperti sebelum ini yang sering kami lakukan bersama. Gambar sehariannya juga penuh makna.

Harapan besar, tapi biarlah saya mula dengan yang kecil. Mula dengan satu minggu dahulu, adakah saya mampu kekal dengan rutin ini. Bukan untuk orang lain. Untuk dia. Jadi inilah gambar pertama untuk projek ini. Biarlah kekal mungkin ke hari 30 atau mungkin sampai hari ke 365. Yang penting, tiada istilah lewat untuk memulakan sesuatu.

Till 'day 2'.

Zubye.

Read more...

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors