Showing posts with label Kuala Lumpur Family Photographer. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur Family Photographer. Show all posts

Tuesday, May 14, 2019

Cheeky Baby | Kuala Lumpur Selangor Malaysia Family Photographer

Another lovely family i got the chance to photograph once again, after few years they had the first session with me. It is incredibly amazing to see how fast a child growing up and now becoming a smart and a handsome boy ever with that charming smile that could melt anyone's heart!


Read more...

Sunday, March 17, 2019

Motherhood Portrait Session | Kuala Lumpur Selangor Malaysia Family Photographer

Bertahun lamanya tidak berjumpa dengan ibu cantik ini, meskipun kami sering mengikuti perkembangan masing-masing di instagram. Dahulu kerap saya merakam gambar mereka terutama sekali sewaktu majlis harijadi anak-anak perempuannya. Berjumpa kali ini terkejut saya melihat kakak yang sulung telahpun bersekolah tingkatan empat, sudah semakin tinggi melebihi ibunya. Dan adiknya pula meskipun ingat-ingat lupa akan saya, dia tetaplah seorang yang periang dan cheeky seperti dulu-dulu. Ibu mereka seperti sebelum-sebelumnya masih peramah dengan saya meskipun sudah lama tidak berjumpa. Terserlah sifat seorang ibu yang penyayang yang ada dalam dirinya di sebalik tiap keping gambar yang dirakam. Wajahnya makin berseri-seri lebih-lebih lagi apabila disinari dengan cahaya matahari pagi hari itu.

Kini debaran semakin terasa apabila mereka akan menyambut kelahiran seorang ahli keluarga baru. Didoakan segalanya berjalan lancar. Diberi kesihatan yang baik kepada ibu sepanjang proses mengandung hingga saat melahirkan. Dikurniakan bayi yang sihat dan comel buat penambah seri keluarga mereka.


Read more...

Thursday, September 20, 2018

Inseparable | Kuala Lumpur Selangor Malaysia Family Photographer

After all, 
soulmates always 
end up together. 

 ~ Cecelia Ahern



Read more...

Friday, August 10, 2018

Mini Portrait Session | Selangor, Kuala Lumpur Malaysia Family Photographer.

A short and simple 30 minutes session we had on a lovely Saturday morning filled with joy, laughter,  fun and love! I'm glad that I got the chance to photograph this family again and now they are four. They are the perfect pairs.


Read more...

Thursday, April 12, 2018

Ten! | Kuala Lumpur, Selangor Malaysia Family Photographer

D menghubungi saya sekali lagi.
"Kali ini semua ada!" ucapnya.
Ini kali ketiga saya merakam gambar D sekeluarga, tetapi sebelum ini tidak pernah 'lengkap'. Mendengar sahaja semua akan ada, saya sudahpun teruja. Ini pengalaman pertama buat saya merakam gambar keluarga nukleus yang besar. Sepuluh kesemuanya.

Sempurna. Biar setiap dari mereka mempunyai karakter masing-masing, berbeza cara, riuh rendah, malah ada yang menangis sewaktu sesi dijalankan, berganti pula dengan ketawa yang berdekah-dekah, sekali sekala terdengar kakak memarahi adik-adik, ada yang merajuk kemudian dipujuk, ada yang bermasam muka sekejap tapi tidak lama.. terus tersenyum bila disakat. Itulah sempurna. Kerana mereka telah saling melengkapi. Mereka telah menutup ketidaksempurnaan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Itulah keluarga.

Hari itu saya pun ceria gembira. Tidak kekok saya rasakan kerana diri sendiri pun datang dari keluarga yang besar, 9 beradik. Suasana biasa yang juga selalu kami lalui. Maka, ini bonus untuk saya :-)



Read more...

Friday, January 12, 2018

Best memories in Kuala Terengganu | Malaysia Children Family Photographer

"Kalau tiba-tiba terfikir untuk buat satu kebaikan, lakukan sahaja. Jangan terlalu banyak fikir itu ini. Jangan fikir cakap orang. Terus buat. Kalau Allah gerakkan hati kita untuk buat baik, maknanya adalah sesuatu yang Allah nak bagi kat kita." 

Sederhana bunyinya tetapi ucapan nasihat daripada seorang ibu yang telah banyak melalui asam garam kehidupan ini benar-benar telah lekat dalam fikiran dan hati saya. Apa yang dinasihatkan, itulah yang saya buat. Dan nasihat itu sangatlah benar. Memang selalunya ada sesuatu rahsia yang ingin Tuhan berikan. Walaupun telah lama sesi fotografi ini dibuat, iaitu pada March tahun lalu, kesannya terhadap diri saya secara peribadinya sangat kuat. Apabila saya melihat wajah tua itu tersenyum sangat gembira melihat gambar-gambarnya yang telah di rakam di sebuah rumah nostalgia ini, betapa puasnya rasa dalam hati.Apalagi bila semua memori itu disimpan kemas-kemas dalam album yang cantik. Apabila datang rindu, sang ibu boleh terus mencapai dan melihatnya. Sebenarnya, tidak perlu sebesar gunung pun, tetapi hanya perkara kecil sahaja diperlukan untuk membuat hati bahagia melihat orang lain gembira.

Dekat mana agaknya yang mendatangkan kepuasan kepada saya merakam memori untuk anak-anak dan keluarga? Dekat sinilah. Dekat manusia-manusia yang Allah kirim kepada saya untuk saya kaut pengajaran, menteladani yang baik-baik, belajar, dan sampai masa saya pula yang memberi. Setiap kisah yang saya rakamkan sangat memberi impak kepada pembentukan peribadi saya sekarang. Bagaimana cara saya berfikir, memandang sesuatu, merasai, memerhati dan bertindak semuanya adalah atas pengalaman dan persekitaran sebegini yang pemurahnya Allah telah beri saya rasai. Alhamdulillah.

Inilah dia gambar-gambar yang saya rakam di satu kampung di Kuala Terengganu hadiah dari seorang anak buat seorang ibu yang sangat dikasihinya. Semoga dalam rahmat Allah hidup mereka sentiasa.


Read more...

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors