Tuesday, May 12, 2009

CONTEST lagi!

Minggu lepas saya tengok blog salah seorang dari client saya. Dalam blognya tu ada letak gambar dia yang berlatarbelakang kan cubicle dia di office. Dekat mejanya penuh dengan gambar2 anak2nya yang pernah saya ambil. Saya sungguh terharu. ye lah.. secara sedar atau tak.. dia telah tolong saya mempromosikan EOG kepada kawan2nya pula.. Thus, saya mendapat idea untuk buat contest yang ni..

Ok.. para client atau bekas client ku sekalian!! Contest yang ini khas untuk kamu pula sebagai tanda saya menghargai sokongan tak berbelah bahagi dari client2 ku tersayang :-)

caranya mudah saja.. hehhehe..

1- Saya ingin tahu apa yang kamu buat dengan gambar2 yang telah kamu terima dalam CD tu lepas ambil gambar dengan saya.

2- Simpan? Print? Letak dalam album?

3- Ambil gambar hasil dari kreativiti kamu tu.. contohnya.. kalau kamu framekan.. amiklah gambar frame2 tu.. kalau kamu letak sebagai wallpaper computer, amiklah gambar komputer tu.. etc..

4- Upload gambar yang kamu ambil tu kat mana2 image hosting (Flickr best sket.. sebab resolution dia cantik :D)

5- Dekat entry ni.. bahagian komen sila letak penyertaan kamu dengan paste kan link gambar yang telah kamu upload tadi..kemudian.. tulislah serba sedikit ulasan tentangnya.. sebagai contoh..

"saya frame besar gambar keluarga saya yang EOG ambil kemudian saya gantung di wall ruangtamu rumah. Mak mentua saya datang dia suka tengok dan kata.. beruntung anaknya kerana beristerikan perempuan cantik seperti saya..LOL!"

atau..

"Saya susun sederet gambar2 kami yang EOG ambil di opis.. kawan2 opis saya tengok.. ada yang jeles.. ada yang suka.. ada yang menitiskan air mata.. dan dalam diam-diam mereka pun terus membooking satu slot dengan EOG tanpa pengetahuan saya.. LOL!"

atau..

"Saya letak dalam album cantik2 gambar yang EOG ambil.. sedara mara saya datang rumah.. hampir nak terkoyak album tu kerana berebut2 ingin melihatnya.. LOL!"

atau..

"Saya tak buat apa2pun dengan gambar2 tu semua.. ada elok dalam CD.. tapi saya sebelum keja mesti pasang dekat CD dulu nak tengok muka kami anak beranak :D"

ok.. tu contoh je ye.. bolehlah tulis apa yang kamu suka :-)

6- Tak kisah banyak mana penyertaan pun nak dibuat oleh setiap client.. ye lah kan.. gambar2 tu kan banyak.. mungkin banyak jugak lah yang telah kamu buat untuk setiap gambar. Tapi satu komen, satu penyertaan.

7- Tiada kriteria spesifik untuk dipilih sebagai pemenang.. Bergantung kepada budi bicara saya ... satu2 nya juri yang mempunyai kuasa veto dalam ini contest LOL! Pemenang dikira mungkin dari segi kereativiti mereka.. boleh buat saya gelak ke.. senyum ke.. terharu ke.. nangis ke.. ehhehehe..

Hadiahnya??? yer... Hadiah nya adalah berupaaa....

1 (Satu) canvas print bersaiz 16 x 24 inches untuk diletakkan gambar kamu sekeluarga yang EOG ambil tu. Besar tu tau!! Boleh refer kat link product untuk lihat contoh.

Menarik ke tak contest yang ni? Hehehhe.. saya tau mesti ramai jugak yang hanya perap gambar2 tu kat dalam CD yang saya bagi dan tak sempat nak printnya (jangan risau.. itu normal.. sebab saya sendiri pun tak sempat nak print gambar2 anak saya semuanya :p).. ok inilah masanya.. boleh tunjuk kreativiti masing2 dengan apa yang kamu lakukan dengan gambar2 tu..

ok client2 tersayang ku sekalian.. SELAMAT MENCUBA!

ps: btw, saya ada post entry ni dekat my FB. so penyertaan yang kat situ pun dikira sah juga:D

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors