Friday, March 30, 2007

Anessa dan Aiman

click here for more pics

Saturday; March 24th 07
Taman Melawati, KL

Buat pertama kali saya ber ps dengan kanak2 di atas umur 2 tahun.. selama ini saya banyak pengalaman dengan baby2 sahaja.. jadi.. approachnya juga berbeza.. dan buat julung2 kalinya.. model2 saya kali ini dengan sukarelanya berposing untuk saya tanpa perlu saya memintanya.. ohhh!! heaven!!

Awalnya saya fikir ingin mengambil gambar mereka sekeluarga. Papa kepada kanak2 ini merupakan bos saya semasa saya di dept IT dulu.. rupa2nya.. papa dan mama mereka mahu portrait anak2 mereka sahaja dirakamkan..

Sessi ini dijalankan di sekitar kawasan rumah mereka sahaja. Kali terakhir saya ke rumah mereka adalah pada hari raya 2005. Kali ini saya datang tamannya sudah lengkap.. kolam ikan pun sudah bertambah. Redup dan rimbun sahaja berada di situ.. Pendek kata tidak perlu pergi jauh2 untuk berehat2.. dan sangat sesuai dijadikan port bergambar.. Rasanya mau saja saya sewa tempat ini untuk photoshoot2 saya yang seterusnya.. ekekke... boleh ke kak gee?

Kali ini model2 saya tidak perlu ditemani oleh ibu bapa mereka ketika sessi ini dijalankan.. papa dan mama mereka hanya mengintai dari jauh sahaja.. tersenyum2 simpul melihat anak2 bergaya didepan kamera.. tapi, senyum saya lebih lebar lagi...hehhe :D

Sofea Anessa ~ 6yrs



Bila melihat wajahnya.. mata akan terpaku pada sepasang lesung pipit di pipinya.. saya rasa itulah salah satu yang menjadi tarikan princess yang seorang ini.. awal pertemuan kami pada hari itu.. dia seakan malu2 kucing dan katanya.. tidak mahu ambil gambar kalau mamanye tidak duduk disebelah. Tetapi,ketika mamanya ke dapur, saya mengambil kesempatan itu untuk 'warm up' dengannya.. saya snap serba sedikit gambarnya.. dari malu2 dia jadi seronok pula :-)


Gaya Anessa berposing juga amat menakjubkan saya.. boleh dikatakan semua pose ini dilakukannya sendiri.. saya hanya tolong sikit2 sahaja.. sesekali dia bertanya saya "buat camni boleh tak auntie?".. "anessa nak buat macam iklan tu boleh tak auntie?" saya senyum dan angguk kepala.. tercuit hati saya mendengar soalannya.. Penat bergambar di luar, diajaknya saya bergambar dalam bilik nya pula... makin melebar senyuman saya..




Aiman Haziq ~ 9yrs
Saya memang suka dengan Aiman masa usianya baby2 lagi.. dahulu.. jika ada apa2 acara di company saya, kerap kali saya berjumpa dengannya.. walaupun hanya boleh pandang sahaja.. tidak bole disentuh. Aiman tidak mahukan sesiapa ketika itu kecuali mama dan papanya sahaja.. Umpanlah coklat sekali pun memang dia tidak mahu.

Tetapi sekarang, personalitinya sudah betul2 berubah. Dia sudah menjadi budak lelaki yang sangat peramah dan agak kelakar juga.. Mulutnya tidak henti bercakap. Ketika diambil gambar mahu pose seperti Goku sahaja.. saya pun tak tau Goku tu apa.. katanya dalam citer Dragon Ball.. Kali ini semasa mengambil gambarnya.. saya benar2 sudah tidak tahan ingin ketawa melihat gelagatnya.. posenya lain dari yang lain.. macam mahu berperang pun ada.. ekkeke.. tapi sangat menghiburkan.. :D
Selesai sessi photoshoot, mereka berdua sekali lagi mengajak saya naik ke atas untuk bermain2 pula dengan mereka.. si adik mengajak saya bermain masak2.. abang pula mengajak saya bermain game.. sudah nya kami bertiga bermain jual beli seolah2 dekat dalam minimarket. Lepas ni mungkin saya sesuai menjadi cikgu tadika pula gamaknya.. ekekke...
Sesungguhnya hari sabtu yang lepas sangat memberi kepuasan kepada saya.. Saya sangat gembira melayan kanak2 ini.. sessi photoshoot saya kali ini sangat releks and leasure.. hehhe
Utk Abg Aidi dan Kak Gee, Thanks for your support. Semoga tersenyumlah melihat gambar mereka ni ye.. Zubye tak habis senyum lagi ni.. Thanks sebab luangkan masa utk saya.. next time zubye bawak irfan ye..
Nanti dah kuar baby tu nanti.. zubye amik gambar lagi ye.. oh ya Kak Gee, tahniah ya.. :-)


Quote :
"Hi zubye! Kak gee dah tgk gambar2 anesa ngan aiman.. mmg superb! Anesa excited sgt.. bila kak gee bacakan kat dia.. tersenyum2 dia.. kak gee pun excited bgtau semua kawan2 ngan adik2.. tak sabar nak tunggu feedback diaorg..hehheh.."
-Kak Gee in her sms to me :)

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors