Sunday, April 26, 2009

Hi! I'm Ella!






"Thanks Zubye for the lovely pics of my baby girl, Ella. I can't wait to see the rest of the shoot. By the way, it's times like this that I really wish I could understand Bahasa so I could know what the other comments say. :-)"
~Ella's mom

Read more...

Hello! My name is Amanda

Amanda ni sangat2 cute orangnya.. senyap dan behave je sepanjang sessi photography.. membolehkan saya dan mummynya menggayakannya bermacam2 cara.... lebih-lebih lagi bila mendapat client yang sudah tau cara kiter bekerja.. sesuatu perkara itu akan jadi lebih mudah.. :-) sebenarnya.. sebelum ini saya pernah ambil gambar kakak Amanda.. 2 tahun lepas kalau tak silap saya..

Jarang sebenarnya saya ambil gambar baby usia ini.. 3 bulan kan Anne? Selalunya apabila ada yang bertanya bila waktu yang paling sesuai untuk buat sessi photography untuk baby, saya cadangkan ambil semasa newborn dan bila baby tu dah boleh duduk dengan stabil kira-kira umur 8-10 bulan macam tu.. tapi bila sesekali dapat peluang macam ni.. memang saya tak nafikan.. umur ini juga adalah satu yang sangat menarik untuk dirakamkan.. kebanyakan baby yang baru mula nak naik badannya adalah dalam lingkungan umur ni kan.. masa ni lah kita dapat tengok segala ketak-ketak di tangan.. dan kalau tak kuat iman.. silap2 kena makan baby tu LOL!

Nasiblah tertutup dengan skirt tu Amanda ni.. kalau tak, saya rasa mesti lagi bikin orang geram.. grrrr...

Ok, buat Anne.. terima kasih sekali lagi buat kepercayaan yang diberikan.. akhirnya... ye akhirnya... setelah kiter menunda beberapa kali sessi ini.. akhirnya.. segala-galanya telah terlaksana dan berjalan lancar... Alhamdulillah :-)








Read more...

Thursday, April 23, 2009

Children are amazing

Alif & Sarah,
This is for you.. :-)






Laughter echo through the skies,
- children are amazing
So young and so innocent
- children are amazing
Care free yet compassionate and kind
- children are amazing
From birth to walking and finally speaking ''Dada''
- children are amazing
Enthusiastic at day, pristine at night
- children are amazing
Naive and curious, motivated to learn
- children are amazing
Heaven sent, God's little miracles
- children are amazing
Working young, carrying sacks heavier than them
- children are amazing
Dreams to nightmares, hearts strengthened in mud
- children are amazing
Staying resilient through adversity and poverty,
That is truly AMAZING!


Mel Vincent Basconcillo








Read more...

Ada yang rindu dia ke..? :p

His 1st sports day ever! Ramainya kanak2 hari tu.. bout 400+ students semua nya.. sebab tadika Irfan combine all branches and buat sekali terus the sports day. There were 4 branches semuanya.

Irfan masuk marching and jadik mascot for the "Sparkling Star Seri Putra" branch. Alamak.. terharu mama nengok :p

Lepas marching and nyanyi Negaraku dan baca ikrar, games pun di jalankan mengikut branch masing2..His class (K1 class for 3-4 yrs students) ada acara kutip gula2 dalam tepung.. hehhe.. kiut je budak2 ni semua.. ada 8 org je masuk acara ni.. lepas tu diteruskan dengan acara class2 for 5 & 6 yrs.

Overall, semua orang sangat enjoy hari tu.. esp Irfan.. tersengih2 je dari pagi sebab awal2 pagi dah motivate dia ada sports day hari tu.. dia pun semangatla apa lagi.. :-)

InsyaAllah.. ada rezeki.. there will be 2 more sports days for him at the preschool in the future insyaAllah.

Ok, here are some of his pics at the event.. kalau ada yang nak tengok gambar2 his sports day lagi.. boleh check out at my FB k!









Read more...

Wednesday, April 22, 2009

Alhamdulillah...

Videos of Irfan..
:-) :-)


video


video

Read more...

Thursday, April 16, 2009

Sabah & Kuantan, here we come~

helo peeps!

Ok entry ke dua untuk hari ini :-) Sebenarnya berita ni dah lama saya terima dan simpan cuma tunggu masa yang sesuai je nak share dengan kawan2 semua.

InsyaAllah May bakal merupakan bulan yang sibuk lagi pada saya di Eyes of Grace. dan May juga bakal mencipta sejarah buat saya.. Alah.. tidaklah sehebat mana.. cuma saya merasakan ia merupakan suatu kemajuan buat EOG untuk melangkah satu lagi tapak ke hadapan.

Sebelum ini, saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang adakah saya willing to travel out of KL to have the photoshoot job? paling jauh pun yang saya terima adalah satu majlis Birthday di port Dickson. Masa tu saya belum bersedia untuk ke negeri2 lain lagi dan banyak perkara yang kena difikirkan. Tapi sejak awal tahun ni alhamdulillah, hati sudah terbuka.. dan diri pun sudah bersedia.. makanya.. pucuk dicita.. ulam mendatang! :p Saya sudah bersedia untuk melangkah jauh lagi selepas ini :-)

Dan.. May bakal saya tempuhi dengan pengalaman ambil gambar luar dari KL territory :-) Apa yang lebih mengujakan adalah bukan setakat luar KL malah insyaAllah saya berpeluang melebarkan sayap ke negeri di bawah bayu; Sabah.

Pada sesetengah photographer perkara ini mungkin satu yang terlalu biasa pada diri mereka. Tetapi tidak pada saya dan Eyes of Grace.. Yelah.. bergantung 100% sepenuhnya kepada Children & Family portrait membataskan saya untuk berangan dapat job luar dari KL lebih2 lagi di Sabah terus.. tentulah sesuatu yang sangat mengujakan pada saya dan tak pernah saya sangka. Pada saya, ada ke client yang sanggup mengeluarkan duit menampung perbelanjaan perjalanan saya dan juga duit penginapan semata-mata untuk menerbangkan saya ke lokasi pengambaran dan mengambil gambar mereka hanya untuk 2 jam sessi photoshoot.

ye.. saya tak sangka... kerana ada client yang sanggup sponsor tiket penerbangan dan hotel saya dan keluarga di sana nanti. Tentulah saya merasakan itu satu penghormatan yang besar dan penghargaan buat saya. Sekurang-kurangnya saya tahu ada yang betul2 menghargai kerja2 saya selama ni.. :-) dan saya memandang itu sebagai satu tanggungjawab yang besar.. yelah bila orang sudah meletakkan harapan yang tinggi, sudah pasti saya akan melakukan yang terbaik untuk semua InsyaAllah.

saya berbesar hati menerima pelawaan client tersebut sambil rasa semacam tidak percaya.. kini tiket flight dan accomodation juga sudah confirm.. tinggal menunggu masa untuk terbang sahaja. Client itu sekarang menetap di London, dan akan balik bercuti di Sabah dalam May nanti.. dan dia ingin saya mengambil gambarnya dengan keluarga di salah sebuah resort cantik dan terkemuka di sana iaitu di Nexus Karambunai Resort, KK. Dalam masa yang sama, insyaAllah saya akan membawa suami dan anak saya untuk bersama2 saya ke sana jikalau tiada aral.. sebab tiket mereka pun dah confirm. Jadi kali ni merupakan trip bekerja sambil berjalan buat saya dan family. Siapa client tu? Nanti bila sudah selesai di sana nanti.. saya akan ceritakan tentangnya.. Cuma yang saya harap sekarang perjalanan dan urusan saya di sana nanti di permudahkan, insyaAllah.

Saya masih berkira-kira samada ingin membuka satu lagi slot photoshoot ketika saya berada di sana.. buat masa ni saya stick to plan A.. iaitu shoot satu keluarga tu dulu... dan selebih masanya saya akan berehat dan bercuti bersama keluarga saya pula.. tetapi jika ada permintaan dari orang Sabah yang berminat dengan perkhidmatan saya.. insyaAllah saya boleh reconsider dengan plan saya tu.. tengok keadaan k! Eh! ada ke orang Sabah yang tengok blog saya ni? kalau ada, dan berminat.. bolehlah bertanya melalui email saya k!! oh btw,
saya akan berada di sana insyaAllah pada 22-24 May 09.

Dan pada hujung bulan May pula, saya akan berada di Kuantan untuk satu Birthday photoshoot di sana. Birthday akan dibuat di Teluk Cempedak, oleh salah seorang client setia saya. (Dear "N" u know how much i appreciate this). Jadi di sini saya nak buat pengumuman, jikalau ada orang Kuantan dan kawasan di sekitarnya yang berminat untuk sessi photoshoot dengan saya, bolehlah contact saya melalui email. Saya akan stay di hotel berhampiran pantai, juga di sponsor oleh client tersayang.. :-) jadi sessi photoshoot tu nanti kiter boleh buat di tepi pantai k!! Dan saya dan keluarga insyaAllah akan berada di sana pada 29-31May 09. Sessi photoshoot yang saya buka ni adalah pada slot pagi Ahad 31st May 09. So.. tengoklah schedule masing2 sekarang, kalau ada yang free dan berminat boleh buzz saya terus k!

Ok itu sahaja yang saya nak kongsi dengan semua. Oh!! lagi satu saya nak bagitau, walaupun bukan untuk tujuan sessi photoshoot sekalipun, kalau lah ada mereka yang kenal saya dari Sabah ataupun Kuantan, dan nak bersessi 'teh tarik' dengan saya, boleh call saya terus k! InsyaAllah kalau masa dan keadaan mengizinkan.. kiter boleh jumpa!! :-) dan kenal2! :-)

Buat semua viewer dari luar kawasan KL, dari kedah ke.. Penang ke.. Johor ke.. kalau ada yang membaca ni.... kalau ada yang ingin memberikan kepercayaan kepada saya... kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.. :-) we calling2 and email2 k!

Ok.. till next entry..

Love,
Zubye


Read more...

Update on my schedule :-)

Nampaknya sudah ada email yang bertalu-talu masuk bertanyakan tentang Mother's Day Promotion EOG yang biasanya saya buat May setiap tahun..

Sebelum membuat orang menjadi lebih tertunggu-tunggu rasanya lebih baik lah saya umumkan di sini terus.. takut kalau2 lah ada yang berharap :-(

Ok, saya nak memaklumkan di sini bahawa tahun ini TIADA Mom's Day Photoshoot Promotion seperti tahun-tahun yang sudah. Saya minta maaf banyak-banyak sebab promo tu dah macam promosi tahunan Eyes of Grace, tapi pada tahun ini, saya tak dapat nak buat sebab nampak gayanya schedule April-May saya sudah pun penuh. Dan saya tidak dapat cari atau selit-selitkan slots yang free untuk promo tu.

Sejak awal January lalu, ramai clients yang sudah mula book tarikh2 permintaan mereka sehingga tengah tahun ini iaitu June 09. Alhamdulillah :-) Tapi InsyaAllah saya akan buat promosi HEBAT lagi pada masa akan datang.. mungkin June? Mungkin July? saya akan umumkannya kelak. Jadi jika ada yang berminat untuk mengetahui promotion Eyes of Grace dengan lebih awal, boleh Email saya di eyesofgrace@gmail.com. dengan tajuk "EOG PROMOTIONS" Apabila saya sudah finalized kan tentang promotion tu, saya akan menghantar pengumuman melalui email terlebih dahulu kepada sesiapa yang berminat dan akan memberi priority dulu kepada mereka. Dan kemudian baru saya akan open di blog :-) sounds good kan? Selalunya promotion yang saya buat sangat terhad bilangan slotnya. Mungkin dalam 5 slots sahaja macam tu. Jadi saya tetap meneruskan tradisi "sapa cepat dia dapat" pada setiap promosi yang saya buat. Saya akan berusaha untuk membuat satu column untuk EOG Fan Club di blog ini, dan bila sudah ada nanti, segala promosi akan diberi keutamaan terlebih dahulu kepada ahli club EOG tu k! ;-)

Oklah.. ini je pengumuman yang saya nak buat tentang schedule saya pada bulan April dan May. Walaubagaimanapun, saya masih ada few je lagi slots yang available untuk bulan June. Jadi, jika masih ada sesiapa yang berminat, boleh lah email saya.. untuk discuss dengan lebih detail k!

Pasni ada satu entry special saya nak buat.. hehehhe.. thanks sebab sentiasa jenguk2 blog saya ni k!!

Take care!

Read more...

Tuesday, April 14, 2009

Mix

Hola people!!

Ok ni sambung lagi entry yang tertunda lama... ehhhehhe .. sebenarnya nak update malam semalam jugak.. malangnya mata dah terlalu penat sampai dah tak tau nak buat apa.. maka kiter update hari ni je lah..

Kalau hari tu saya update tentang keluarga Cina dan India.. Kali ni kiter update cerita tentang family mix Chinese and Malay pula... Ok.. ni merupakan kali kedua saya ambil gambar mereka.. tahun lepas saya ada merakamkan portrait mereka sekeluarga. It was such an honoured to me for getting the chances to portray the moments of the niece of one of the Malaysian's talented international actress whom I cannot reveal the name here.... :-) tapi kalau saya bagitau, i'm sure the whole Malaysians know about her ;-) Dan mummy kepada Alysha merupakan junior saya semasa di sekolah menengah dulu.. baru berjumpa semula last year masa 1st session mereka dibuat..

Hari tu mereka spent their weekend dekat "Istana Kuda Emas" dan saya dijemput untuk merakamkan memori mereka bertiga di sana.. Seperti biasa Alysha memang sangat comel.. di punya senyum tu..cair hati sapa yang tengok..

Oklah.. enjoy gambar2 ni dulu k! jap lagi saya update satu lagi entry.. To Eyra and Hubby, Thanks for believe in me :-) Ada rezeki kita jumpa lagi ok!!














"Hola Sis Zubye!!!heheh...Thanks a lot sis for the greatest moment being captured by the talented photographer.. :). My hubby and I and Alysha too (When she grow up she will understand later...hehe)sukeee sgtttttt all pictures yg akak captured that day and also the first photoshoot last year..both cantikkkkkkkk!!!!! :)...Hope I'll get an opportunity soon to have again the photoshoot..All de BEST for EOG..Semoga dimurahkan rezeki.. amin...."

~Eyra; the mom

Read more...

Monday, April 13, 2009

More smiley baby!

Minggu tu rasanya memang bertuah bagi saya rasanya sebab dapat berjumpa dengan anak-anak yang pemurah betul dengan senyuman :-) Baby Zara tidak terkecuali.. Tengok sahaja lah reaksi dia dekat sini.. mesti semua dapat agak betapa happy go lucky girl yang sorang ni kan.. Seronok betul dia pagi tu dapat bermain2 dengan ibu & ayah tercinta.. Apa lah lagi yang lebih menyeronokkan selain dapat bersama dengan orang tersayang kan :-)

Oh ya! cuba tengok legging yang dipakainya tu.. :-) comel kan.. kalau sesiapa yang berkenan.. boleh lah ke blog ibunya.. untuk mendapat kan legging2 yang sememangnya cantik2 belaka :-) saya pun memang berkenan sangat.. tapi takde baby girl kan.. so pendam aje lah keinginan tu.. hehhehehe.. Ok Yusma.. dah bagi free advert di sini *wink wink :-)

Thanks for 3 of them for the wonderful morning :-)

















"Hi Zubye... thanks 4 the nice photoshot.. suke sgt tgk gmbr dia tu.. dah wat frame besor kat umah.. ekeke.. thanx juga tlg pomot tights tu.. hihihi"
~ Yusma; the mom

Read more...

Blissful

Kali ni konsepnya adalah berpiknik di taman yang indah.. ada basket of biscuits, breads, sweets, drinks and fruits, jadi.. yang tukang ambil gambar pun terliur2 dibuatnya.. LOL! Bila dengar all the preparations yang dibuat oleh Carol (the mom) memang tak kering gusi dibuatnya.. sampai kena sorok2 dari both kids bagi memastikan makanan yang dibawa masih segar cantik di dalam bakul.. dan yang lolipop tu pula selalunya kalau ambil gambar children with lolipop memang derang jarang nak makan sampai habis, takat jilat2 je.. tapi this time rasanya hampir habis lolipop tu di kerjakan mereka LOL!



Waktu bergambar pun tidak habis2 ketawa.. Keluarga ni memang kelakar dan cool habis! ada aje idea mereka untuk buat saya gelak.. seronok sangat.. sampai tak sedar masa berlalu dengan begitu pantas. Saya dan Carol boleh 'get along' dengan mudah sekali tanpa ada rasa kekok.. Thanks to you and family for made my day!






















Dua orang girl and boy ni sebenarnya twin tau. Yang boy namanya Nazareen dan yang girl namanya Nazareena. Saya memang jarang sekali dapat ambil gambar twin.. yelah bukan senang nak jumpa mereka yang ada anak twin kan.. tapi kesempatan yang ada ni saya gunakan sepenuhnya.. twin memang lain sekali la rasanya hubungan sesama mereka.. berbanding kalau saya ambil gambar adik beradik biasa.. mereka nampak lebih rapat antara satu sama lain.. macam susah untuk dipisahkan.. loving and caring with each other.. Oleh kerana itu mungkin senang sedikit untuk saya ambil gambar berdua serentak di dalam gambar. So sweet and touching bila dapat ambil gambar mereka berdua macam tu. Mereka berdua ni memang mewarisi sifat2 ibu dan ayah mereka yang kelakar.. mudah untuk dibawa berborak, mudah tersenyum dan ketawa.. malah bijak pula tu..














Ok gambar last ni is the 2 N with their beloved Grandma yang turut datang menemani mereka hari tu :-) Thanks to all of you, guys!



"Hi Kak,Thanks for the lovely pics, semuanyer cantik. We too had lots of fun, kids also enjoyed it alot. We are very happy with the pictures, its superb."
~ David ( the daddy)

Read more...

Friday, April 10, 2009

Adorable




Photoshoot kali ni berlalu dengan begitu pantas sekelip mata. Saya dan keluarga sampai ke lokasi, kemudian mereka datang, kemudian salam2 kenal2 dan kemudian terus menyaksikan betapa gembira mereka dapat meluangkan masa bersama-sama.. Saya hanya ambil gambar moments yang sungguh tidak ternilai itu.. Comel sungguh mereka.. the parents included :-) tak ubah macam keluarga dari jepun kan.. geram mau bawak pulang baby mereka tu.. tapi cepat2 ingatkan diri.. itu anak orang.. hehehe..


Hanya satu jam sahaja sessi kali ini.. Lepas berbual2 sebelum pulang, hujan pun turun mencurah2.. lega memang ada rezeki kami bergambar hari tu..


What more can I say.. I love the energy and the happiness that they brought into every piece of photos I've captured. Thanks for the Phang family :-) Eunice and baby Ethan, I adore you so much!
































Read more...

Thursday, April 9, 2009

Lovely girls

Baru saya perasan, lately ni banyak gambar girls aje kan..? ye lah minggu lepas je saya shoot 6 girls dan hanya 1 boy sahaja.. mungkinkah populasi perempuan semakin ramai dari lelaki? Takpe, lepas ni saya update gambar boys pula ye.. kalau takde boys lain, gambar anak saya, Irfan pun jadik lah kannnn :p

Oklah.. nikmati dulu gambar-gambar ni semua k.. tak lain tak bukan di lokasi favourite saya dan para clients.. :-) 2 orang adik beradik, dan seorang sepupu.. teka mana satu yang adik beradik? :-)









"wohooo cantik sungguh gambar2 ni sema.bila bole dpat all the pic huhu tak sabarnya..btw thanks zubye muahhhsss.
Hii zubye thanks for the lovely photoshoot we love it..tak sabar nak tunggu pic yang lain2.btw i memang kenal ngan cik puan rina.from her blog la i know ur blog oso.tgk pic2 dia sangat cantik i pon teruja nak amik gak."
~Lily (the mom)

Read more...

Wednesday, April 8, 2009

Hannah yang selamba






"kak zubye, thanks.kiut bangat.gerammmm.wlupun mummy dia agak kelam kabut dlm pemilihan baju n smpai lmbt + hannah x der mud mula2.tp hasilnya mabeles!!!!"
~ Hannah's mom

Read more...

Si empunya kasut pink - cont ~

Nabila. Last saya jumpa dengannya adalah pada January lepas sewaktu ambil gambar portrait keluarganya. Sebelum itu saya berkesempatan ambil gambar Aloha Partynya tahun lepas. Di situlah detik perkenalan kami.. hehehhe..Hari itu jumpa dia tak banyak beza. Mungkin kelihatan sedikit tinggi rasanya. Malu-malu pada awalnya. Tapi bila saya tanya kenal lagi tak dekat saya, dia hanya mengangguk dan tersenyum. Lepas satu point.. hehhehehhe sebab dia sudah kenal saya maka saya mengharapkan dia selesa bersama saya.



Ambil gambar Nabila memberikan saya kepuasan yang agak berbeza sedikit. Kali ini awal-awal lagi saya katakan dekat mommynya yang saya hanya ingin berdua sahaja dengannya. Tidak susah permintaan saya itu dipenuhi, lebih2 lagi ini bukan kali pertama saya bekerjasama dengan mommynya ;-) mommy dan nenek Nabila hanya memerhatikan kami dari jauh. Pada awalnya agak kekok juga nampaknya Nabila ingin beraksi di hadapan kamera saya, tapi lama kelamaan saya lihat dia semakin mesra dengan kamera dan sangat fotogenik walaupun saya tak dengar sangat dia bersuara hari itu, tapi melihatkan wajahnya yang sentiasa tersenyum, saya tahu itu adalah sessi yang menyeronokkan untuk nya. Dan untuk saya juga :-)



Saya mempunyai permintaan kepada clinets dan juga bakal clients saya di luar sana :-) Kalau boleh berikan saya peluang untuk bersama-sama dengan anak-anak kalian berdua sahaja ketika sessi dijalankan. Melalui pengalaman, saya merasakan mereka menunjukkan dua karaktor yang berbeza apabila ibu dan bapa ada berdekatan dan ketika ibu dan bapa mereka tiada waktu itu. Terasa sekali sebenarnya mereka tidak malu-malu langsung dengan saya, malah mereka bebas melakukan apa sahaja di hadapan saya, tanpa perlu risau ada ibu atau bapa mereka menegur ataupun menyuruh mereka pose bermacam2 gaya. Ya, hasilnya memang agak berbeza. Di samping saya bebas menguji kreativiti saya, malah kanak-kanak itu lebih cenderung menjadi diri mereka yang sebenar. Konsentrasi saya juga sebenarnya agak terganggu jika ada ibu bapa yang seolah-olah memaksa anak2 mereka posing di hadapan kamera saya.. sedangkan pendekatan saya mengambil gambar bukan begitu. Jangan risau, saya pasti akan menjaga mereka sebaik mungkin ketika berdua sahaja, dan kami akan enjoy the moments. Saya Jamin! Minggu lepas pun saya berpeluang spent time berdua sahaja dengan 'subject' saya. Dan hasilnya agak memberangsangkan ;-)















Oklah, buat Nabila.. thanks for the lovely moments we spent together. Auntie enjoy sangat2 dan sessi pun berjalan very2 smoothly hari tu dan dalam masa yang singkat sebab Nabila give auntie 101% of your co- operation. I'm looking forward to meet you again at the session with your little sister, Dania pulak k! To Dian, thanks for your trust and for the friendship :-)



"beautiful...! thanks for the great job zubye..next session si Dania..pulak..she's soooo unpredictable..I am not sure of her mood..kena fine tune dulu..! hihih unless buat kat rumah la..how how?"
~Nabila's mom; Dian

Read more...

Tuesday, April 7, 2009

Still here :-)

Masa sangat mencemburui saya.. hehehhe..

Ada yang merindu baby fahim? tengok ni.. now dia dah besar... dah boleh jalan dah pun :D







Maaf tak dapat nak celoteh panjang..
tapi setiap sokongan yang saya terima dari semua amat2 saya hargai.


Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih!



btw, mari kiter dengar lagu ni... khas buat anak2 kecil kat luar sana.. auntie tujukan lagu ni untuk kalian ye!!! Take care! Jangan notti-notti!







Nyata dan Maya

Kulihat indah hari depanmu


Mentari sentiasaMenerangi


Bumi indah di telapak kakimu

Kan terbentang menjadi


Oh milikmu


Cekallah sayang


Dalam menempuhi Dunia ini


Saban hari


Adakalanya Mendung jua kunjung


Bersabarlah


Ku kan selalu denganmu,kasih


Dalam jasadku yang nyata atau maya


Kerana ku terlalu mengendah


Suka dukamu setiap ketika


Ku kan selalu denganmu,kasih


Dalam kau bertatih atau kau berlari


Andai kau jatuh kubantu(kau)bangun(oh sayang)semula


Andai kau jatuh ku bantu kau bangun semula


Ku tahu kau pastikan bersinar


Bagai sebutir bintang


Gemerlapan


Keyakinan ku bukannya kosong


Lahir dari hati yang


Kenalimu..




Till next entry.



Zubye

Read more...

Friday, April 3, 2009

Quote of the day

" Kita boleh bertindak mengikut kata dan gerak hati.
Tapi jangan lupa di mana letaknya akal.
Di kepala.
Atas dari hati bukan?
Jadi, utamakan akal apabila berkata-kata.
Namun, jangan sesekali ditipu hati kita. "

- Zubye








Read more...

Thursday, April 2, 2009

Beautiful Qistina


Read more...

Blog Archive

Contact

Phone No : 019-3659274
Yahoo Messenger : zubye
E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors

EOG visitors