Tuesday, March 31, 2009

Si empunya kasut pink..

Hi! hope you guys still remember this entry I posted not long time ago.

Inilah dia si empunya kasut pink yang comel tu.. Oh~ i so in love to photograph the kids at her age.. I guess i said the same thing for children at other ages too kan.. hehhee.. kesimpulan yang mudah dibuat, i loveeeee to photograph children.. ehehhe.. cuma yang ni might be a bit different sebab it just two of us je masa sessi dibuat.. her mom and grandma tengok dari jauh je when i was photographing her.. thats mean I have full authority on her masa tu.. ekkekek.... and she too could do anything she likes in front of my gracey. Biasa la.. kalau budak2 ni.. if their parents are around, sumtimes they are not showing their true colours.. their eyes are tend to look at the parents for getting their approval.. But this one totally 100% genuine.. hehehhe.. Thanks Dian for that ;-)



Nabila. I've lots of her pics to share.. and they are good and fresh for your eyes too.. hehhehe.. thanks for this little lady for making my dream comes true.. tapi minta maaf sangat.. i have tons of editing work which are due this week. I may not be online at YM most of the time. So guys, if you have anything to say.. just drop the comment here or jot me an email. I'll try to get back to you as soon as I can.

And I'll post more of her pics if the time permits. Sure!

Till then. Take care!

Read more...

Monday, March 30, 2009

Love story

Ohh~~

It was an unplanned one.

I have no words for this.. Thanks hubby for the lovely shots :-)


~kami... masa tengah tunggu client sampai petang tadi :-))

Read more...

Saturday, March 28, 2009

F.R.I.E.N.D.S

Inilah aktiviti saya malam semalam.. Menghadiri satu majlis hari jadi yang dianjurkan oleh salah seorang kawan saya buat kejutan untuk suami tercinta nya.. Sesekali bertemu rakan2 memang seronok.. Walaupun boleh dikatakan kerap juga kami berjumpa tetapi setiap perjumpaan tu pasti ada makna yang berbeza..


Saya punya ramai kawan. Dari zaman sekolah, U, bekerja hingga sekarang hidup saya tidak pernah sunyi dikelilingi rakan2. Saya mudah mendapat kawan.. mungkin kerana saya ni agak peramah jadi tidak sukar untuk saya memperoleh kawan.. saya suka berkawan.. malah jika saya bersama client, walaupun buat pertama kali berjumpa.. saya tetap menganggap mereka kawan2 saya.


Tapi, saya akui.. tidak mudah untuk saya mencari 'sahabat'. Sahabat yang seiring dengan kita luar dan dalam, hati dan budi, sedih dan gembira. Dalam 10 mungkin 1 sahaja yang saya jumpa. Saya pernah rasa terhumban kerana kawan, tertipu kerana kawan, terguris kerana kawan, dan tidak kurang juga bahagia dan sempurna kerana kawan. Tapi saya bersyukur, dalam dunia yang moden dan cepat serba serbi ini.. hidup saya tetap indah dihiasi kawan-kawan seperti mereka. Ya. saya bahagia :-)Walaupun kadangkala ada ketika kami bermasam muka.. bertikam lidah.. namun itulah yang mewarnai hari-hari saya dengan mereka. Ikatan menjadi lebih kuat selepas itu kerana pengalaman kami yang sentiasa mendewasakan.


Saya juga punya sahabat yang telah pergi buat selamanya. Kawan karib saya ketika di sekolah rendah.. loose contact, kemudian berjumpa semula setelah waktu saya bekerja dulu.. ikatan kuat diteruskan.. bekerja di dalam satu bidang yang sama membuatkan kami selalu berjumpa.. Tapi sayang.. sekejap saja kenangan itu.. dia kini sudah meninggalkan saya buat selamanya kerana kecelakaan jalan raya yang menimpa.. Saya terkilan kerana ada hajatnya yang tidak sempat saya penuhi.. Saya menyesal kerana asyik bertangguh untuk memenuhi permintaannya. Sekarang saya hanya mampu untuk merinduinya..


I love my friends. Do you love your friends? Tell them now before its too late..









Apapun... inilah dia sahabat sejati saya...;-)

Read more...

Friday, March 27, 2009

Jangan marah saya kalau rasa nak gigit budak tecit niii.. :p

Who is she?

Hint..
She was the girl on the shelves.




tak ingat lagi??

hint 2...
She was the girl in the drawer.


She is Zara Arissa.. Look at her now!!! Inilah seronoknya saya rasa bila ada can lihat kanak-kanak membesar. Saya rasa satu persamaan antara dulu dan sekarang adalah matanya yang sangat bulat dan bulu matanya yang lentik tu.. kiut betul Arissa.

Kehadiran saya di taman tasik hari tu disambut dengan senyum dan ketawa riang Arissa.. saya tengok je dia macam tu.. saya tau saya akan melalui satu sessi yang sangat menyeronokkan hari tu.. Mommynya kata memang Arissa tak banyak kerenah.. tersenyum ajer sepanjang masa.. sapa yang melihatnya pasti geram tak terkata.. tengok sajalah gigi duanya!!

Arissa memang sangat peramah.. tapi dalam senyum dan gelak dia tu masa dah tengah photoshoot, merengek juga dia.. ye lah.. mesti penat kan.. nama pun budak2.. tapi senang ajer nak dapatkan mood dia balik.. pasang ringtone lagu thailand... hahhahaha.. mengkekek2 lah dia sambil menari.. so cute!!!








Kali ni saya banyak ambil gambar close up Arissa kerana terlalu geram dengan mata bulatnya.. ada persis anak hindustan gitu!






Oklah... ini saja buat hari ni.. Buat Kak Jem.. semoga suka gambar-gambar tu nanti kita jumpa for her 3rd session pulak k!! kali ni mesti lenguhlah agaknya saya nak mengejarnya pula..

Buat semua.. selamat berhujung minggu! Jangan lupa padamkan lampu letrik anda selama satu jam malam esok k! Mari kiter keluar rumah melihat keindahan malam dan merenung langit sambil menghirup udara segar pula :-) dan pastikan yang tersayang sentiasa di sisi :-)
Support Earth Hour 2009!

Saya akan mulakan weekend saya dengan bersosial.. wah! ber bbq party pada malam ini.. seterusnya berparty lagi pada esok hari dan lusanya mengambil gambar portrait pula....


Till next time!

luv,
Zubye.

Read more...

Wednesday, March 25, 2009

Just one

Irfan


Ni gambar Irfan teman saya pegi photoshoot seminggu yang lepas.. Kalau petang memang dia biasa ikut.. kalau pagi je tak.. sebab masa saya kuar, dia masih tidur lagi.. kalau kejut tu.. actually nak je dia ikut..asal kata pegi jalan dalam ngantuk2 pun mesti dia gagahkan juga.. Tapi selalunya pagi memang saya jarang bawak sebab nak bagi dia tido puas2.. sebab weekdays dia dah bangun pagi kan.. :D

Selalunya aktiviti dia waktu pagi masa saya gi keja ialah meronda2 dengan babah dia.. derang gi mamak for breakfast, pegi jalan2 mall sumtimes..selalu gi alamanda lah.. pegi shopping barang2 grocerries untuk umah.. atau pegi driving range sama2.. then tengahari saya balik.. rehatkan diri, petang dah nak ke photoshoot semula..

Petang dalam gambar tu saya baru habis shoot a chinese family.. ada kat bawah gambar mereka :-) petang tu dua beranak ni teman lah saya sama2.. selalu derang akan prektis golf skill derang kat rumput2 lapang kat situ.. babah ajar dia swing.. mama intai dari jauh je sambil snap2.. lepas habis shoot selalunya saya pulak join sama guling2 atas rumput , menghilangkan penat. Tapi petang tu sebaik saja habis ps, cuaca pun mendung semacam..

Babahnya selalu sebelum saya start shoot ataupun sebelum client sampai, banyaklah nasihat dan idea yang dia bagi.. kadang2 idea tu datang on the spot.. kadang2 dalam keta masa dia drive saya ke tempat kejadian.. Jadi ada di antara gambar2 kat sini dialah yang memberi ideanya yang tak pernah kering :-) dia jugak merupakan pengkritik tetap saya.. dia kalau kritik tak main der nak jaga-jaga hati ni.. kalau bad... dia hentam cukup2..bagi pendapat kenapa gambar tu teruk dan bagi solution camne nak buat gambar tu jadi lagi elok.. tapi kalau cantik dia puji dan terus bagi dorongan dan nasihat. Kalau waktu dia hentam tu ada gak lah cam nak nangis saya rasa.. tapi kalau part puji tu dia sendiri yang akan cek suar saya terkoyak ke tak.. kembang kena puji LOL! Itulah kawan saya susah dan senang :-)

Lepas swing2 dan mama snap2 hari tu.... kitorang pun ke presinct 9 minum2 lagi.. hujan pun dah mencurah2 hari tu.. rasa sangat best cuaca sejuk2 camtu.. dapat minum milo panas dan teh tarik.. yang penting ada sama2 orang tersayang.. itu yang lebih berharga :-)

Read more...

Tuesday, March 24, 2009

Tenang

Saya menghadapi dua perkara yang amat menjengkelkan hari ini.. tidak perlulah rasanya saya menghebahkannya di sini.. cukup sekadar saya katakan kadangkala manusia tidak berfikir sebelum mereka bertindak.. tidak pernah pulak tu terdetik untuk menjaga hati orang lain dengan percakapan ataupun apa yang mereka tulis.. bagi mereka.. mereka lah hero heroin cerita yang mereka cipta sendiri.. Manusia.. mana mungkin kita tahu apa yang tersirat dalam hati mereka.. rambut pun kadang2 ada yang perang, ada yang karat, ada yang hitam. Inikan pula soal hati.


Kadangkala terasa begitu janggal untuk menghadapi manusia yang di hadapannya lain.. di belakang nya lain.. apatah lagi untuk menyelam setiap niat yang dilakukan mereka.. apa sebenarnya yang mereka cuba tunjukkan atau mahukan? itu bukan kerja kita... Ada yang lebih berkuasa untuk menilai itu.. tetapi apa salahnya jika ayat yang diaturkan itu datangnya dari hati yang tidak ada langsung unsur kekotoran dan dari fikiran yang kalaupun bukan datang dari bijak pandai tetapi cukup dengan sifat2 mulia seorang insan.


Mana letaknya diri kita? Sendiri pastikan. Apa yang pasti.. ada orang terlupa bahawa setiap apa yang dituturkan kadangkala hanya menyerlahkan kecetekan akal dan fikiran.. lantas mempengaruhi ATTITUDE mereka.. ataupun ATTITUDE mereka memang begitu, dan tanpa segan silu diterjemahkan pula dalam bentuk percakapan dan penulisan. Entah..


Di waktu yang begini, inilah perkara yang dapat membantu saya meneutralkan kembali PH perasaan saya.. dengan melihat gambar anak2 kecil yang tidak berdosa ini.. mereka sungguh mulia.. tulus dan bersih. Tidak pernah ada sekelumit perasaan hasad dan dengki di hati mereka.


Yang saya ada kini hanyalah SABAR. Tuhan itu lebih mengerti :-)


Untuk Batrisya dan Rafhana, kanak-kanak di dalam gambar ini, auntie sayang kamu berdua! :-)
















Read more...

"March" Love

Somewhere in March.. ;-)
This is what we call... Colourful Malaysia!





















Read more...

Sunday, March 22, 2009

Kenangan pertama yang terindah!




Aaaaaaaahhhhh.. :-) :-) :-)

Tak ternilai rasanya harga dan tak tergambar perasaan saya sebaik sahaja melangkah kaki ke workshop tadi dan berkongsi dengan para peserta yang nampaknya betul-betul berminat untuk menimba ilmu.

Segala rahsia telah saya kongsi bersama mereka..dan saya amat-amat terharu dengan sambutan dan kerjasama yang mereka berikan. Masing-masing dari awal lagi sudah ceria dan nampak sungguh bersedia sekali untuk workshop ni.. Semuanya sporting-sporting belaka.. mungkin saya tak ingat semua nama.. tapi insyaAllah kalau jumpa lagi sekali, pasti saya akan ingat rupa kawan-kawan semua yang datang tadi..

Saya datang tadi bukanlah sebagai seorang pro photographer, tetapi saya datang sebagai seorang ibu yang ingin berkongsi sesuatu yang berharga yang ada dalam diri saya dengan semua peserta. Apa yang saya terangkan tadi adalah berdasarkan pengalaman saya.. dan lebih kepada diri saya 'melihat' sesuatu, cara saya blend kan kanak-kanak dengan diri saya, seni dan kreativiti yang saya ada.

Mungkin ilmu itu tidak terdapat dalam mana-mana buku photography, tetapi melalui pengalaman dan diri saya sebenar, itulah yang saya kongsikan.

Kalau boleh tadi nak lama sket waktu praktikal, dan kalau dapat memang saya nak concentrate on each participants, tetapi apa kan daya, kaki saya hanya ada dua, jadi mungkin tak dapat nak attend semua orang, lagipun, tak boleh nak buat lama-lama sangat bila mengambil gambar budak-budak ni sebab keselesaan mereka pun perlu di jaga :-) Tapi secara overall nya saya sudah melakukan sedaya upaya saya untuk memastikan setiap orang mendapat manfaat dari bengkel tadi. Para fasi juga banyak membantu tadi sewaktu sessi praktikal. Terima kasih diucapkan.

Kalau ikutkan masa tadi, memang rasa tak cukup je dengan apa yang ingin saya kongsikan. Tapi harap-harap apa yang telah saya share tadi dapat memberi pendedahan serba sedikit kepada peserta tentang bagaimana cara untuk mengambil gambar kanak-kanak dengan baik.. Mungkin ada perkara yang tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka sebelum ni, tadi dapat mereka praktikkan.

Kalau peserta tak dapat 100% pun tadi, dapat praktikkan beberapa percent pun rasanya adalah lebih baik daripada tak dapat apa-apa langsung. Yang penting, ingat k! kena selalu prektis. Dan bila buat sesuatu untuk menghasilkan yang terbaik, yang paling penting adalah datangnya dari HATI.

Wah, tiba-tiba saya rasa sentimental semacam je masa type nih.. yelah.. saya sangat terharu melihat mereka betul-betul ingin menimba ilmu dari saya. Kebanyakannya menghargai gambar-gambar yang saya ambil. Terima kasihlah saya ucapkan. Tak tau nak ucap bagaimana in words. Tapi kawan-kawan semua lah yang memberi saya semangat untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Kepada yang tak berkesempatan untuk ikut bengkel ni tadi, jangan risau sudah pasti lepas ni saya akan buat workshop lagi. Saya janji! Saya rasa sangat seronok dapat kongsi dengan semua dan saya tak akan teragak-agak untuk mengulanginya. Saya pasti akan conduct workshop lagi selepas ini.. Pasti. Jadi... tungguuuuu!!!

Dan terima kasih yang teramat sangat kepada Saudara Adhadi dan rakan-rakan daripada kominiti http://www.duniafotografi.com/ yang memberi sepenuh kepercayaan kepada saya tadi. Kembang-kembang jugaklah menerima pujian daripada otai seperti cikgu Adhadi ni... ekekke.. Saya sangat berbesar hati, alhamdulillah. Yang pasti saya tak akan pernah berasa puas untuk sentiasa belajar dan meningkatkan mutu kerja saya, InsyaAllah. lagi satu! alolololololo! terima kasih buat model2 cilik kiter tadi. comelnya semua...! gigit kang baru tau! Buat ayah2 yang sudi menunggu tu, alahai sportingnya semua. terima kasih banyak2 k!

Paling penting buat suami dan anak saya yang tak pernah putus-putus memberi saya semangat dan sokongan. Mereka lah kekuatan saya yang sebenar.. Cik Abang tu.. hari-hari lah dok dengar keluh kesah, cerita gembira, cerita sedih dari isteri dia ni ha.. Malah, dia jugak sebenarnya yang banyak bagi idea pada saya macamana nak menghadapi 1st workshop saya ni.. hihihi.. I lap u bang!

Dan akhir sekali, saya mintak maaf banyak-banyak kalau saya ada buat salah tadi, kalau ada bahasa saya yang kurang memuaskan, dan apa-apa sahaja kesilapan saya tadi, saya mintak maaf banyak2. Oh ya! lagi satu, mintak maaf lah tadi memang saya tak banyak ambil gambar sebab sibuk dok memberi tunjuk ajar & memerhatikan semua mengambil gambar tadi. :-) Jangan kecik hati ye kalau saya takde amik gambar anak-anak kawan-kawan semua :-)

Terimaa kasih semua! Ada rezeki,panjang umur, kita jumpa lagi InsyaAllah

p/s: saya cuba jugak untuk reply thread dalam forum tu tadi.. tapi ada problem nak login. Mungkin kalau ada sesiapa peserta yang baca ni.. boleh tolong saya paste post saya ni dekat forum sebagai tanda penghargaan untuk semua. :-) Thanks!


Sori lah.. gambar ni kecik benor muka setiap org. hihihihi.. Kalau ada sesiapa yang nak, boleh bgtau saya k! MMUAHHHH!!! TO ALL!


dan ni gambar dari Kak Dila Bangi. Waktu saya sedang berceloteh.. tima kasih ye! hehehhe.. ada sapa2 lagi tak ada amik gambar saya pagi tadi? ekekkeke.. nak buleh? dapat le saya buat kenang kenangan nanti.. hehhe

ooppsss.. sambung, hari ni saya rasa nak gak bagi can muka saya enterfrem banyak-banyak dalam blog nii... boleh naa... tak marah naaa? ekekke.. dah alang2 tengok muka sendiri yang di capture oleh kawan2 workshop tu kan.. maka marilah saya sendiri menyaksikan wajah2 saya dari kacamata mereka.. ekekkek..



ni gambar keberangkatan tiba diriku ke tempat kejadian.. muahahhaha! Lagi image by kak dila bangi. Fuh terasa macam artis gitu bila datang situ kawan2 siap menghalakan lense mereka kepada diriku.. kuangkuangkuang.. tu yang kontrol semacam je tu. Gambar sebelah tu tempat kejadian yang sangat kecoh dengan kanak2. Lain kali rasanya masa talk tu kena buat jauh sket dari kawasan playground bagi memastikan suara saya tak tenggelam dek keriuhan di situ kan?

ni lak gambar dari saudara Jidin sewaktu saya sedang gelak apa tak tau... tapi rasanya masa ni masih sedang mengontrol gabra yang masih belum hilang di awal pagi itew.

Read more...

Friday, March 20, 2009

Get Ready...

... For this..



Saya sebenarnya sedang berdebar...sebab ini pertama kali saya akan share my photography knowledge and experiences di hadapan khalayak ramai.. selalunya saya hanya jawab melalui email, kalau ada yang bertanyakan tentang tips2 amik gambar.. tetapi ahad ni.. saya kena melangkah ke satu pengalaman baru yang lebih mencabar pula. sapa ada ubat boleh bantu saya hilangkan rasa angin senggugut nervouse ? hahahha!

Pengalaman jadik debater sekolah bertahun yang lampau saya rasa buat ketika dan saat ni masih belum dapat membantu saya mengembalikan keyakinan diri saya yang sebenar.. Ye, saya memang peramah, mudah dibawak bicara, cepat mesra.. tetapi bila bayangkan saya akan berdiri tegak dihadapan sekumpulan manusia yang ramai, kemudian mereka semua akan pandang saya je mendengar setiap butir bicara yang akan saya keluarkan.. sudah pasti saya dapat merasa bahang gugupan itu. Lebih2 lagi bila mereka expect we are the expert, tanggungjawab itu menjadi lebih berat lagi..

Saya melihat ini sebagai satu tanggungjawab saya untuk berkongsi dengan mereka.. walaupun sessi workshop tu nanti dikatakan tidak terlalu berat sebab konsepnya kiter nak have fun sambil mendapat ilmu dan faedah darinya.. tetapi dalam have fun tu saya tetap ingin memastikan setiap peserta mendapat sesuatu darinya.. sekurang2 nya apa yang akan saya katakan dan share nanti akan memberi manfaat kepada mereka..

Mengambil gambar yang cantik memerlukan satu jangkamasa yang panjang.. bukan hari ni pegi bengkel, besok terus jadi pro..TIDAK. malah saya masih belajar lagi menjadi photographer yang terbaik.. Mengambil gambar dan mengajar mengambil gambar juga merupakan 2 perkara yang berbeza. Ada yang pandai ambil gambar tetapi dia tidak tahu mengajar, dan ada pula yang pandai mengajar bagaimana nak ambil gambar dengan cantik, tetapi tidak tahu mengambil gambar dengan cantik. Saya tidak tahu saya dalam kategori mana selagi saya belum mencuba. Jadi Ahad ini merupakan cubaan saya yang pertama.

Saya teruja dan sekarang sedang sibuk dengan persiapan untuk ahad ini.. Kalau ada yang YM tak berjawab tu.. paham2 ajelah.. mungkin masa tu saya tengah sibuk menghafal text dan mungkin jugak tengah sibuk betulkan keadaan lutut yang mengeletar2 akibat cuak yang teramat sangat.. hahhahah! just kidding.. just to add more garam dalam lauk.. But honestly, yes i feel the NERVOUS... nervous oh nervous.. pleaseeee go away!

Apa yang akan saya ajar nanti mungkin lari daripada apa yang diajar dalam buku2 photography yang pernah anda baca.. ataupun mungkin juga ada yang sama.. cumanya.. saya ni jenis yang tak terlalu suka mengikut peraturan, ye.. saya giler2.. dan kadang2 giler! LOL! saya suka melakukan sesuatu mengikut gerak hati, mengikut instinct, mengikut kreativiti dan juga mengikut khayalan. Jadi anda mungkin tidak akan jumpa terminology2 photography yang banyak nanti di dalam workshop tu.. tetapi basic2 nya tetap saya pegang.. cuma cara saya apply mungkin agak berbeza dengan orang lain.

Apa yang akan saya sampaikan adalah lebih berdasarkan pengalaman saya bergelumang dalam dunia photography kanak2. Jadi bersedialah untuk mendengar2 term2 photography baru yang dicipta sendiri oleh Zubye! hehehhe. dan yang penting ianya akan lebih mudah difahami insyaAllah, lebih2 lagi bengkel ni khas untuk kaum ibu sahaja. Jadi ada persamaan antara kiter ;-)

Sekarang baru saya rasa lega sedikit bila dah tulis kat sini.. Semangat tu datang lah juga nampaknya.. ni Jumaat, esok mungkin lebih lagi semangat tu insyaAllah.

Kepada yang dah mendaftar, terima kasih diucapkan.. kita jumpa di sana! di sana! di sana!!
Buat community http://www.duniafotografi.com/ terima kasih buat kepercayaan yang diberikan. All the best for me!

Read more...

Thursday, March 19, 2009

Mari beromantik!

Oh! I love this wall..hihihi..


Calling for all wives and hubbies out there yang rasa2 nak merakamkan saat2 romantika d'amour kalian berdua...meh telefon or email saya, kiter arrange the appointment ;-). Be it your anniversary gift, a birthday gift, or even a special treat to your loves one.

I've become addicted nak ambil gambar couple pulak.. and rite now.. the ideas sedang banyak dalam kepala.. hehhehe.. apa lagi.. meh la! Syaratnya senang saja...

Just Be Yourself k!!


"Wops, malu plak kami jadi model iklan akak ni hehehe.
well this is our 1st anniversary present. we want our happiness to be captured & will remembered sampaiiiii bila2.really love & so addicted dengan sentuhan kak zubye ni.pasnie kak zubye jadi official photog famly ira la nampaknye..insyaAllah

To those out there who want your love story to be pictured, this is the opportunity u shouldn't miss & couldn't resist"
- Ira

Okeh sebagai nak membangkitkan mood bunga2 di petang2 nan mendung ini... dan oleh kerana ramai yang request kat YM nak tengok gambar mereka berdua ni tadi.. maka dengan ini saya letak lagi sket gambar2 mereka.. saya pick randomly je ni..
Mereka ni actually baru meraikan their 1st wedding anniversary.. so buat photoshoot ni as a gift and a treat for each other.. Sweet kan? Gambar fishing ni actually i get the idea masa Ira tanya nak bawak apa2 tak nanti.. then saya tanya dia.. apa hobi husband dia.. then dia cakap fishing! terus saya suh bawak fishing rod tu..












Now kawan2, do you feel it? ;-) Do you get what i mean?

Ada rasa bunga2 dalam hati? hehhehe.. kalau ada baguslah.. maknanya my mission accomplished! ;-) Sila telefon partner masing2 tanya derang apa khabar, buat apa, dah makan ke belum k! pastu selit2 gak tanya.. nak amik gambar tak? kakak tu amik gambar cantik! dia boleh bagi abang nampak hensem dalam gambar LOL! just kidding.. hihihi..

call me if you want to be captured like this! i'll make your dream comes true ;-)

Read more...

Wednesday, March 18, 2009

Ashwini & Hervin's Birthday Bash




Birthday 2 beradik ni dibuat serentak malam tu.. Adik sambut birthday yang pertama, manakala kakak pulak sambut birthday yang ketiga... Ini kali kedua saya berkesempatan ambil gambar birthday from Indian family... meriahnya bukan kepalang.. kalau kawan2 pernah tengok movie hindustan dalam tv tu kan.. kalau tengok mereka sambut any occasion kan ada nyanyi2 dan menari2 tu kan.. begitulah juga majlis buat mereka ni... muzik menjadi halwa telinga setiap tetamu yang datang hari tu.. dimeriahkan lagi dengan acara tari menari.. setiap yang datang terutama kanak2.. memang sporting sangat pada hari tu... waktu games yang diconduct oleh Mr. Clown pun, semua games tu bercirikan muzik.. sangat meriah tak terkata.. penuh setiap ruang rumah mereka hari tu.. cantik2 semua berpakaian sari...

Oklah.. enjoy pictures ni k! To Valli, thanks again for the opportunity!










Last but not least.. inilah dia seorang boy yang juga mahu join the crowd tapi agak blur2 sket hari tu.. sebab baru bangun tido.. Sampai2 je dia.. dia tidur kemudian bila terdengan lagu "I like to move it.. move it.." berkumandang, baru dia terjaga... dan dalam keadaan mamai terus nak join sekaki.. heheh



Read more...

Tuesday, March 17, 2009

Ku ingin terbang!


Read more...

Lil' Clive and family

Oh~
They are such a lovely family.. :-)












Read more...

Sunday, March 15, 2009

Do you enjoy your weekend?

Yes, I am!



Read more...

Saturday, March 14, 2009

Surpriseeee!

Ingat tak in my previous entry, saya ada cakap my DH will be coming back on friday? and i supposed to fetch him at airport friday tu...

But, surpriseeee...!! petang khamis lepas masa saya tengah tidur2 dengan Irfan kat atas, tiba2 got a call from him.. saya ingat dia still kat Korea, tapi tiba2 dia cakap.. "hai.. teka abang kat mana?" i was a bit blur masa tu sebab macam tengah ngantuk2 kan.. saya cakap lah tak tahu.. then dia kata cuba turun bawah..then saya ngan mamai2 turun bawah tengok dia dah terpacak dekat luar gate ngan bag besarnya.. I was speechless! Memang tak sangka langsung dia akan balik petang tu.. sebab the nite before, chatting with him.. takde macam unsur2 nak balik pun.. and tak dapat suspect langsung dia nak balik on thursday.. pandai betul dia sorok :-)

Memang tepat lah masanya.. i was a bit down and stress these last few days.. tapi bila DH dah balik rasa lega kepala lapang dada, hilang semua masalah...

Love is in the air... hehhehe... *blush*

and gambar kat bawah ni takde related with kejadian khamis lepas yer.. ni gambar hubby and wife saya ambil petang tadi... It such a perfect timing.. hehehe.. with my mood yang tengah berbunga2.. rasanya memang best betullah ambik gambar derang ni tadi..hehehhe.. my DH and Irfan teman saya pegi shooting the whole day today.. he even gave me the ideas on how to capture them... and now i feel even more grateful :-)

Actually petang tadi separuh jalan je.. all the pics below diambil dalam cuaca yang sangat mendung. Sebab dah nak ujan sangat2... so session terpaksa dihentikan tadi sebab pastu hujan turun dengan lebatnya.. but seriously saya suka lah pulak lighting mendung camni.. macam2 ala2 romantik gitu! hehehe.. kami akan sambung lagi esok hari :-)

can't wait to capture 3 more sessions tomorrow.

till then,
nitey nite! got to go to bed earlier tonite!








Read more...

Wednesday, March 11, 2009

Sepi :-(


maaflah yer.. mode jiwang sket...
It has been 1 week..
my motivator, my supporter, my soulmate, my mr. understanding, my good or bad, my other half not here with me.. :-(

but he'll be back this friday insyaAllah.. sementara nak tunggu tu.. my mood swing sket.. harap maklum.. nasib baik ada Irfan.. at least he can cheer me up with his cheekiness... eventhough it's not same but i feel grateful.

Read more...

Tuesday, March 10, 2009

Urban kid!

iLi...





















Read more...

Saturday, March 7, 2009

2 As Aqiqah

Sudah lama rasanya tidak mengambil gambar Aqiqah, jadi peluang kali ni memang sangatlah di nanti-nantikan, lebih -lebih lagi salah seorang yang diraikan merupakan baby yang pernah saya captured gambar2nya sejak dia dalam perut sampailah sekarang; iaitu Arlia.

Majlis ni sebenarnya dijalankan serentak buat kakak Arlia juga iaitu Ariana, cuma majlis ini tiada upacara 'cukur jambul' sebab majlis bercukur sudah dilakukan di kampung mereka di Johor. Tetapi setiap bacaan dalam nyanyian berendoi cukup2 meruntun hati saya..

Ok saksikan majlis yang sangat sweet dengan warna-warna pink ber lace ini ok!

























Read more...

Friday, March 6, 2009

Something to share..

Sebenarnya article ni saya tulis dekat FB nak share parenting tips dengan kawan2 kat FB.. tapi rasanya baik jugak kalau saya paste dekat sini untuk share dengan kawan2 dekat sini pulak....

ok have fun reading!



Terpanggil nak tulis note pasal ni selepas my friends komen dekat gambar Irfan tido kat dalam bilik dia sendiri and they asked me to tell them on how did i trained him.. walaupun kalau dibandingkan dengan negara barat Irfan ni macam dah lewat start tidur sendiri.. tapi rasanya majoriti kat malaysia ni.. 2 tahun setengah tu bolehlah dikira awal jugak kan.. haah dia start tidur sendiri masa umur dia 2 tahun setengah.. :-) so kat sini aku nak share tips on how to make your child sleep by themselves.


here it goes..

Aku kalau tengok citer2 omputih mesti cam amazed je tengok anak derang dari baby lagi dah di train tido sendiri.. so.. dalam hati ni pun terasa nak sangat anak aku nanti boleh tido sendiri on his own bed.. aku rasa tu salah satu cara untuk melatih anak aku jadi lebih berdikari.. so hari tu kami pun ke shopping mall plan nak beli cadar untuk irfan.. walaupun masa tu dia takde lagi katil.. cuma ada tilam je.. tapi bilik untuk dia memang dah ada..

sampai je kat kedai.. aku suh dia pilih cadar apa yang dia nak ikut citarasa dia.. so masa tu kan dia tengah suka dengan citer CARS tu.. so dia pun pilih lah sendiri cadar tu.. memang dia suka yang amat sangat.. balik2 terus aku pasangkan kat tilam dia.. tilam tu pun letak atas lantai je.. dan aku pun puji2 lah yang tilam dia cantik.. and aku buat gaya tidur atas tilam tu.. aku cakap kat dia.. best sangat tidur kat situ.. then aku slowly cakap ngan dia.. malam ni irfan tido kat bilik irfan ye.. dan dia pun sengih2.. angguk2 sambil baring2 guling2 atas tu..

to our surprised, malam tu jugak dia start tido atas tilam di dalam bilik dia sendiri.. masa tu yang tambah surprise lagi dia tak bagi aku ataupun suami aku tido kat situ.. dia cakap ni tilam Irfan.. Irfan tido sini je.. sorang2.. masa tu aku ingat umur dia baru 2 tahun setengah.. dan start malam tu lah dia tidur kat situ..

Malam pertama memang berjalan dengan lancar.. mungkin sebab dia terlalu excited dengan cadar baru tu.. malam kedua.. dia start buat alasan sket.. tapi aku cakap baik2 dan tanya baik2 dengan dia kenapa dia tak nak tidur kat bilik dia.. nanti dia akan jawab dia nak tidor ngan kitorang..

So aku pun pikir idea camne nak bagi dia seronok ada bilik sendiri dan tido dalam bilik sendiri.. jadi awal2 tu aku teman dia baring atas tilam dia .. sebelum dia tidur tu.. aku cerita kat dia macam2.. aku bacakan buku cerita untuk dia.. sambil2 tu aku selit2 kan jugaklah cakap bilik dia lawa.. dalam bilik dia banyak toys.. dia mesti pandai sayangkan bilik dia.. believe me or not.. aku suka suh dia cium barang2 dia supaya dia tau belajar appreciate apa yang dia ada.. dan tak rosakkan barang2 dia.. supaya aku dapat tanam sifat bersyukur dalam diri dia.. so.. kadang2 aku suh dia cium cadar dia tu.. hahhaha! aku cakap kat dia.. ni tilam irfan.. cadar irfan.. cantik cadar irfan.. irfan mesti sayang dia.. malam2 irfan kena tidur dengan dia.. nanti bila mama dah ada duit mama beli katil untuk irfan... dia suka aku cakap camtu.. and aku tengok dia nampak sayang lah ngan tilam mucuk dia tu.. ekekke..

So.. bila dah bercerita2 mata dia pun terlelap.. masa mata dia dah terlelap ni lah aku pakai satu method yang aku pernah dapat melalu pembacaan aku di internet.. waktu otak anak kita sedang tidur2 ayam tu iaitu waktu keadaan dia antara sedar dengan tak tu lah.. kena ambil peluang bagi nasihat dekat dia.. waktu tu insyaAllah dia akan dapat serap apa yang kita nak bagitau dia.. so.. bila dah tidur tu mulalah aku start bagi nasihat kat dia.. aku cakap Irfan budak yang baik... budak yang berani... tiap2 malam irfan suka tidur atas tilam irfan sendiri.. dalam bilik irfan sendiri.. irfan budak yang pandai berdikari.. irfan sayangkan bilik irfan, barang2 irfan.. ha.. camtu lah lebih kurang ayat2 aku bagitau dia masa dia tidur.. pastu aku hembuskan kat ubun2 kepala dia.. hari2 aku buat macam tu.. sampai lah sekarang ni.. tiap2 malam aku bagi dia nasihat dan kata dorongan dengan cara tu.. alhamdulillah aku nampak ianya membuahkan hasil :-)

masa 2- 3 bulan pertama..kena tabah lah bila anak dah tidur asing.. macam aku.. aku admit aku yang terlebih sedih kot sebab kena berpisah tidur dengan dia.. sedih bila pikir nanti dia besar lagi lah aku dah tak dapat tidur ngan dia..tak dapat gomol2 dia dah.. tapi aku kuatkan diri.. aku cakap dalam hati ini untuk kebaikan dia.. aku nak ajar anak aku supaya dia lebih berdikari.. tidak terlalu bergantung dekat diri aku.. bukanlah dia takleh rely kat aku.. tapi at certain condition dia kena tahu bawak diri pendek kata berdikari lah.. tapi aku semestinyalah tetap ada untuk dia bila saat dia perlukan aku.. so pada aku.. tidur sendiri ni memang berjaya membentuk diri dia jadi lebih berani dan yakin kat diri sendiri .. alhamdulillah..

2 - 3 bulan pertama.. dia akan bangun tengah2 malam.. macam kul 3 pagi camtu.. mula2 tu dalam kul 3 tu akan kedengaranlah suara dia menangis dalam bilik dia.. masa tu agak lawak.. bila dengar je dia menangis aku ngan hubby terus melompat dari katil and dua2 berlari pergi ke bilik dia.. ye lah risaukan tak tau apa jadi kat dia.. rupanya selalu malam2 dia nak minum susu.. jadi tugas aku la buatkan dia susu.. lepas tu kitorang sambung tidur cam biasa... pastu dah lepas phase tu.. ada satu phase yang mana dia tak nangis dah kul 3 pagi tu.. sebaliknya masa kul 3-4 pagi tu tiba2 nanti aku akan rasa ada tangan merayap2 kat kaki aku.. rupanya ntah bila anak aku masuk bilik kitorang dan kejutkan aku nak susu.. masa aku gi buat susu, dia pulak dengan selamba naik atas katil kitorang dan sudahnya kitorang tidur bertiga atas katil sampai pagi..

pada aku.. perkara ni tak leh nak dipaksa2.. nanti akan ada satu keadaan dia nak tidur semula dengan kiter.. tapi pada masa yang sama dia boleh tidur jugak dalam bilik dia sendiri.. contoh macam kes irfan tadi.. apa yang boleh aku buat ialah bagi galakan dan sokongan je kat dia.. aku tak pernah paksa dia untuk dia tidur sendiri.. cuma yang macam aku cakap tadi.. indirectly aku akan bagi nasihat la kat dia.. dan sentiasa bagi sokongan kat dia.. walaupun masa tu dia masih kecik (now pun masih kecik lagi) tapi percaya atau tak.. budak2 kalau kita cakap dia seorang yang berani, dia memang akan bangga sungguh dengan pencapaian dia tu.. normally kalau bangun pagi aku cakap kat dia.. semalam irfan tidur sendiri ye? bagus anak mama.. anak mama berani kan? nanti muka dia akan jadi macam bangga je and glowing2 je bila kita puji dia camtu.. then dia akan cakap..irfan berani kan mama? irfan tak takut pun.. sambil tersengih2.. masa tu aku masuklah 'jarum' sket, aku cakap.. haah irfan berani.. so malam ni irfan tidur dalam bilik irfan lagi ye.. jadi secara tak langsung aku rasa aku dah menggalakkan dia untuk tidur sendiri dan dia pun rasa seronok sebab dia tahu apa yang dia buat tu merupakan satu achievement yang besar untuk diri dia dan dia akan rasa bangga sebab dapat tunjukkan progress dia tu kat kita. Mesti dia rasa seronok bila mamanya sendiri appreciate and acknowledge apa yang dia buat.

Sekarang alhamdulillah, umur dia now dah 3 tahun setengah.. dan dia dah boleh sesuaikan diri dengan rutin harian dia dan masuk tidur sendiri dalam bilik dia tanpa perlu aku teman. Selalunya bila dia rasa ngantuk dia masuk bilik dan landing atas katil.. aku suh dia baca Al-fatihah dulu.. aku tengok je kat pintu bilik dia.. dan lepas tu dia terus tido.. tu kalau dia penat sangat.. kalau tak.. lepas baca Al-Fatihah.. mata dia akan terkebil2 dan nyanyi sorang2 sampailah dia tertidur.. tapi kadang2 aku luangkan jugak masa baring2 sebelah dia dan bacakan dia buku cerita sampai dia tidur. Ye lah sudah pastinya aku pun rindu jugak saat2 nak baring2 dengan dia kan.. Yang best sekarang malam2 dia dah tak menyusu lagi..

Begitulah serba sedikit cara aku trained dia tidur di bilik sendiri.. Pertama bende yang aku rasa penting sangat is ALWAYS BELIEVE IN YOUR CHILD.. don't say No before we try.. walaupun masa tu aku rasa dia kecik lagi untuk buat semua ni.. tapi aku selalu tanamkan rasa percaya terhadap diri dia.. aku selalu have faith in him.. aku selalu pikir he can do it.. aku selalu percaya yang dia boleh lakukan. tetapi dalam masa aku nak mengajar tu mestilah banyak onak duri yang kena tempuh kan.. heheh takpe.. releks.. aku tak paksa2 dia.. kalau rasa dia tak boleh.. cuba pula dengan pendekatan yang berbeza.. pada aku.. budak2 ni akan senang dapat dalam keadaan dia seronok melakukannya.. jadi cara aku adalah supaya dia seronok apabila dia buat sesuatu.. bukan sebab terpaksa..

itu sahaja buat kali ni.. buat semua, good luck! hope this will help.. love to share the parenthood skill with you guys.. and i'm still learning to be a better mom.

Read more...

Sunday, March 1, 2009

Picnic hujung minggu

Teka kat mana? :D








Keadaan sekarang:


~ penat tapi sangatlah teruja!

~ masih terasa bergoyang2 macam dipukul ombak :p

~ irfan mengalami sunburn tahap teruk macam udang kena bakar

selepas berendam dari 9am - 1.30pm!!!

~ ada orang tu mengalami sakit tekak sampai takleh bercakap sebab tertelan air masin banyak sangat.. macamana lah dia nak meeting nanti ni.. huhuhhu


~ irfan dan babahnya sudah terlentang kepenatan.. dan saya bakal menyusul.....



----------------------------------------------------------------------------------------------------

update isnin.. 3.08pm

Ye betul.. PD lah ni.. tak percaya?? betul PD.. hehhee.. bukan apa.. ada kawan2 saya yang tak percaya bila saya kata pegi PD je.. sebab kata mereka air nyer jernih.. saya ngan family pun kurang percaya mula2 tengok PD macam dah ok sket pantai dia.. tak lah keruh macam dulu sampai was was nak mandi.. ni nak terjun sambil buat summersoult berputar pun dah tak ragu2 lagi.. pasir pun derang dah tambak baru.. mungkin nasib kami baik hari tu.. atau mungkin PD dah ok sekarang, tak tau lah... janganlah di compare dengan jernih pulau redang .. pulau kapas.. pulau perhentian yang sah2 pulau tu kan.... tapi ok lah.. hanya jarak satu jam je dari rumah kira sangat berbaloi kami ke sana hari tu... kalau beach PD je paling dekat rasanya kan..?

Plan last minute act.. sebab babah irfan dah berjanji dengan irfan masa dia balik Korea hari tu katanya nak bawak irfan mandi laut.. main pasir.. sebelum irfan tuntut apa yang babah dia cakap tu , jadi kiter pun plan short trip ke Teluk Kemang PD.. sampai sana lebih kurang nak dekat kul 9.. air pasang masa tu.. budak2 ni dah tengok air.. dah tak sedar diri derang tu masih kecik2 lagi.. tau tau nak terjun je... jangan kata kanak2 mak2 ngan bapak budak pun sama join sekaki... atok ngan nenek pun ikut sekali.. jadi hari tu mak2 ngan bapak2 pun ambik kesempatan hari tu naik banana boat gi ke tengah laut.. saya 1st time naik tu .. cuak tak ingat.. rasa nak termuntah2 pun ada masa dia bawak laju langgar ombak tengah2 laut tu.. dah la baru pas makan nasik lemak.. kalau termuntah tak ke naya? Tapi best lah.. cuma takde lah gambar kami naik tu nak pamerkan kat sini.. maklumlah takde org nak amikkan..

memang puas hati sangat lah hari tu.. sebab yang penting irfan and cousins enjoy this time betul2 mandi laut nyer agenda.. pulun habis lah derang sampai ke tengahari baru naik... pastu bawak bekal sandwich, nasik lemak , kuih, salad semua.. wah!!! sunguh2 bercanda di pasiran pantai lah kami... budak2 ni pun mandi sampai ke tempat dalam yang takleh jejak kaki tu.. berani sungguh budak2 zaman sekarang! impaknya sekarang kulit muka ngan badan masing2 dah macam ala2 tanned camtu.... tapi irfan bukan tanned lagi.. dah merah sambil ada effect bengkak2 sket...LOL! tidak menghairankan kalau ada yang tak kenal dia sekarang ni..hihihihi.. tak kisah.. yang penting kiter enjoy!!

Next month bolehlah pegi lagi... wah! sunburn belum ilang.. ada hati nak pegi lagi..ikikikikiki :D






ni kemain abahnya.. membuat terjunan 180 darjah dekat ombak sambil diperhatikan macam tak puas hati oleh pemandu boat di belakangnya tu... ekekkek..

Saya seperti biasa tak banyak lah ada dalam gambar... maklumlah asyik pegang kamera.. tapi takpe.. yang penting rakyat jelata berpuas hati... ni satu gambar saya tengoh main2 onbak di samping ayah saya... iaitu atuk mereka.. nenek tak mandi.. nenek dok tepi je dia kata nak tolong tengok tengokkan barang... :-)



Akhir kata....
Holiday portrait, anyone???? ( wah... sempat... :p)

Read more...

Blog Archive

Contact

Phone No : 019-3659274
Yahoo Messenger : zubye
E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors

EOG visitors