Friday, July 3, 2009

Majlis Aqiqah Fath Ahmad Fahim

Saya harap masih ramai yang mengingati baby ni..


Gambar itu saya ambil ketika usia Fahim baru beberapa hari.. dan bila saya berpeluang ke Majlis Aqiqah & cukur jambulnya, agak terkejut saya melihat perubahan diri Fahim sekarang. Sudah besar. Tetapi masih tembam seperti dulu dan badan montok dia tu memang sedap dipeluk.. terasa cepatnya lah masa berlalu.. sudah 4 bulan Fahim masa majlis tu.


>



Majlis Aqiqah Fahim serba biru..sweet segala arrangement yang telah dibuat oleh ibu Fahim.. tenang rasa jiwa mendengar ayat2 serta selawat ke atas nabi didendangkan.. oh~ sapalah yang tidak suka ke majlis seperti ini kan.. sudah pasti akan menggamit kenangan diri sendiri semasa anak masih baby sebegini.. Sekarang, bila anak sendiri sudah boleh berlari2, becok berkata2, malah tak lama lagi akan masuk sekolah rendah pula, sudah pasti hati amat merindui waktu2 dia masih berbau baby seperti ini.. bau masam air liurnya.. bucuk bau peluhnya.. dan rindu akan halus kulitnya.



Setiap kali berkesempatan ke majlis Aqiqah.. hati selalu berasa sayu apabila mendengar syair dan kata2 nasihat yang didodoikan buat si anak.. penuh dengan nasihat dan semangat, dengan irama yang lembut serta mengasyikkan, betul2 masuk ke dalam jiwa. Kadang2 berair juga mata kepada empunya telinga yang mendengar. Mudah-mudahan apa yang didendangkan itu akan menjadi satu kata2 keramat buat si anak dalam perjalanan hidupnya sehingga dewasa kelak.





Fahim, jadilah anak yang baik dan sentiasa patuh dengan kata-kata ibu dan ayahmu ok! Semoga Fahim sentiasa sihat dan cerdik.. nanti Fahim boleh duduk betul2 kita jumpa lagi ok!!

Mmmuahh!! untuk pipi tembam dia :-))





Buat semua, semoga gambar2 ini dapat mengimbas kembali kenangan saat2 anak masih bergelar "baby". Enjoy the slideshow!



"Sis....Thankssss a lot...we luv it soooooo much bukan mommy ngn daddy je suka sgt2...fahim pun suka sgt2 sampai nak geget-geget album tue hehehe...thanks 4 ur time tgu kami smlm hehehe siap kne geget ngan irfanankan hehehehe...thanks sgt2 sis...after dis next fahim photoshoot n Fahim's 1st Bday Party Beeezzzzz :)
Lots of Luv :)Mommy, Daddy & Fahim :)"

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors