Wednesday, December 31, 2008

Another someone is waiting...

it feels great to see his laugh, Sheefa..
u have such a woderful son..
Irtiza.. auntie miss u!








Read more...

Friday, December 26, 2008

Someone is waiting for a sneak peek..

Here it is...
Tadaaa!!!
hope u like it, Eyra.. :-)







Read more...

Monday, December 22, 2008

The sweetest family




Do I need to say more?


Thanks Shikin, Zairi, Arisha, Ariana and Arlia for the sweetest moments you guys shared with me.. :-)
















Read more...

Thursday, December 18, 2008

my 1st model for Baby Documentary Package



Inilah dia baby yang saya captured setahun yang lepas... lihatlah dirinya sekarang.. Sessi ini melengkapkan 4 sessi for her 1st year documentary package.. dari usianya 3 bulan.. kemudian apabila dia baru pandai duduk.. kemudian berdiri.. dan sekarang berjalan.. semuanya dapat diabadikan dengan begitu indah sekali.. Alhamdulillah.. panjang umur saya dapat melihat Dhia membesar..














Seperti biasa, Dhia cukup pasrah dengan kehendak mamanya.. seorang kanak2 yang sungguh tidak banyak kerenah.. patuh dan taat sepanjang masa.. tetapi takut kepada abangnya LOL! Dhia sudah pandai berjalan! itulah yang saya nanti-nanti kan... hayunan langkahnya yang terkedek2 itu membuat hati terhibur setiap kali melihatnya... sessi kali ini berjalan lancar dan cepat sekali.. tamat awal dari yang dijangkakan kerana si kecil dari awal lagi sudah menunjukkan mood nya yang baik dan sudah tidak payah di atur lagi susunan posisinya.. dia sudah pandai bergaya bak model.. mungkin juga sebab sudah terlalu biasa melihat muka saya... cuma nak last2 tu dia dah start moody.. terutama sekali apabila terkena serangan emosi oleh abangnya...kihkihkih..



Melihat collection baju, gaun, topi, scarf, kasut hatta stokinnya yang pelbagai corak itu... saya rasa kalau tidak dua mesti ada tiga almari baju Dhia di rumah.. alahai.. seronoknya bila ada anak perempuan... kalau kiter pakaikan macamana costume sekali pun.. tetap di katakan fesyen... lihatlah Dhia ni.. dari gaya santai bercermin mata.. kemudian berpakaian seksi... kemudian berbaju gaun berbunga2 lengkap berserkup.. kemudian bergaya ranggi ala2 penari rappers... alahai comelnya.. pandai mama dia pilih baju untuk sessi ni.. semua nampak naik dan cheerful!



Ok.. insyaAllah nanti kiter jumpa lagi bulan Jan k.. kali ni ambil gambar untuk voucher yang menang pertandingan Lil Caliph hari tu pula...
Akhir kata kat mana beli serkup kiut berkaler pink berbunga di tepi tu ye???? kalau auntie pakai pegi amik gambar..agak2 budak2 suka tak ? hehehhe..

sekian.. till next time..

Read more...

Wednesday, December 17, 2008

Mira Sara




Lama sudah saya ingin berkongsi dengan semua gambar2 mereka ni.. cuma baru hari ini kesempatan itu datang.. itupun setelah saya mabuk-mabuk darat tadi mengedit gambar2 yang belum siap.. maka saya stop kejap dan terus update blog pula..

Lama juga saya teringin ambil gambar kids seusia Mira dan Sara kerana cabaran itu jauh berbeza.. saya pernah ambil gambar kids about their age before.. dan saya sangat seronok dan tak teragak2 untuk mengulanginya..

Hari itu date kami adalah di Bird Park KL. kali kedua saya sampai ke sini.. bila sampai pagi tu.. terus dalam hati berkata this is not a great idea to photograph them in that park since saya tengok ada 3 buah.. saya ulang... 3 buah bas sekolah yang penuh dengan kanak2 pelbagai umur sedang elok je parking kat luar park tu.. lepas tu nampak pula beberapa deret student yang lengkap beruniform sekolah sesak memenuhi ruang.. tapi oleh kerana Pn Hani sudah membelikan tiket saya.. maka mahu tidak mahu kugagahi jua.. :p

Alamak cabaran sungguh di pagi hujung minggu itu bila terpaksa bersesak.. kena pulak pandai curi2 angle agar gambar yang saya amik tak ada termasuk beg sekolah.. kasut sekolah.. ataupun wajah2 guru sekolah tersebut... itu adalah cabaran pertama yang saya kena tempuh.. bila dapat clear background.. wajah2 model tidak bersedia pula.. bila dah bersedia tiba2 ramai pulak yang lalu lalang... siap buat muka senyum2 lagi lalu belakang model..huhuhu...

Cabaran keduanya adalah apabila si adik iaitu Sara tidak mahu diambil gambar langsung.. mulalah diriku yang kerdil ini membelek semua diriku ke atas kebawah.. memikir apa yang kurang pada saya ini hari tu... tidak suka benarkah Sara pada saya.. sampai dia menangis-nangis tidak mahu gambar nya diambil.. puas juga kami memujuk.. tetapi jawapan tetap NO!!





Kami singgah di kiosk kecik dalam tu.. membeli sedikit makanan dan minuman.. haaa.. masa ni si adik sudah mula bercakap.. dan ada senyum2 sedikit di bibirnya... saya pun tak lepaskan lah peluang ambik gambarnya masa tu.. saya galakkan kakaknya, Mira berborak dengan adiknya agar malu nya hilang.. si adik masih lagi tersenyum simpul malah tidak mahu melihat langsung wajah saya... Alamak buruk sangatkah muka aku hari ni? kata saya di dalam hati LOL!

kemudian saya membawa mereka tour de bird park... mencari2 angle yang sesuaiii.. dan.. yer... ada kolam ikan pula di situ.. cuaca yang redup pula.. saya suruh mira tarik adiknya dan duduk di situ... saya katakan.. takpe.. kalau tak nak tengok muka auntie takpe... lihat saja ikan2 yang cantik dalam kolam tu ye.. masa ni saya dah mula berani2 nak menyakat adik tanpa menghiraukan kot2 si adik akan menjegilkan matanya kepada saya... atau lebih teruk lagi akan menerkam saya...oh tidak.. rupa2nya dia suka diusik.. dari senyum simpul dah mula gelak menampakkan gigi.. yay! saya suka! tengoklah tu.. kakaknya pun sibuk mengusik..





Kami jalan lagi sampai di satu pondok.. kami berhenti rehat sekejap.. parents mereka kuarkan nasik lemak yang di bawa dari rumah... dan mereka dengan enaknya menikmati hidangan.. setelah makan... mood Sara kelihatannya mula ceriaaaa... laaa... kami semua kata.. Sara lapar ke tadiiii??? itu pasalla dia moody semacam je rupanya.. hikhikhik..

ok ini ada satu rahsia.. untuk pengetahuan.. saya teramat takut kepada semua jenis binatang dan beberapa jenis serangga.. dalam hidup saya tak pernah sekalipun berangan2 nak ada haiwan peliharaan di rumah.. ada sekali tu bulu roma saya habis semua naik.. dan saya hampir pengsan apabila terpaksa melintas di hadapan sekumpulan anak2 ayam yang sedang jalan membontoti ibunya.. mahu sahaja saya meraung di situ.. tetapi hari tu.. ntah mana kekuatan datang ntah.. masa saya ambil gambar di pondok ini..untuk pengetahuan tuan2 dan puan2 sekalian.. terdapat beberapa ekor monyet yang sedang syok bergayut dari pohon ke pohon dan dari wayar ke wayar betul2 dekat dengan saya.. astaga.... mana pulak datang monyet2 ni.. kang dirampasnya kamera dari pegangan aku macamana.. ikut hati mau saja terus lari dari situ tapi bila melihatkan wajah Sara yang betul2 ceria... saya tanamkan azam dan pura2 tidak nampak sajelah monyet2 tu membuat stunt... hikhikhik...



Lepas tu kami berjalan lagi ke kawasan yang ada air terjun dan kolam buatan.. burung2 pun merata2 di situ.. cantik suasananya.. macam kat dalam enchanted forest dalam cerita kartun orang putih je... guru2 dan kanak2 sekolah pun dah takde... sebenarnya sangkaan saya awal tadi meleset... sesungguhnya memang tepat sekali lokasi penggambaran kami pada hari itu.. cuma saya yang terlalu awal membuat penilaian.. tak sedikit pun saya rasa rugi dapat mengabadikan kenangan mereka di dalam bird park.. malah saya juga berjaya ambil gambar mereka dengan berlatar belakangkan burung merak walaupun si burung merak tidak mengembangkan sayapnya.. takut agaknya melihat kamera saya yang besar itu... (ataupun saya yang nak cepat amik.. takut lama2 terkencing pulak saya ketakutan tengok burung merak tu usha slack ajer kat gua.. LOL)






oklah panjang pulak bebelannya kali ini.. takpelah sekali sekala.. kesimpulannya.. ada sesapa lagi nak ambil gambar di sini? silakan buzz handphone saya sekarang! esok esoklah.. sekarang dah tengah malam..kejap lagi saya nak tidur~ hikhikhik...

Bye~!

Read more...

Party Fun!






Dari birthday party Danish yang sungguh ceria dan meriah dengan gelak tawa... ahad nya pula saya berkesempatan menghadiri satu birthday yang berkonsepkan princess party.. sungguh lembut dan sweet... istimewa buat Arisha..

Enjoy the pics!







Read more...

Monday, December 15, 2008

Family fun






next sneak peek : Party fun!
stay tune!

Read more...

Sunday, December 14, 2008

Merilyn



Read more...

Thursday, December 11, 2008

He simply make me cry..




Hati memang tidak dapat menahan sayu setiap kali mengambil gambar baby yang baru lahir..

Today.. again.. this beautiful creature has made me cried while editing his pictures..

Fath Ahmad Fahim... semoga kehadiranmu akan menambahkan lagi kebahagiaan kedua orang tua mu..

Amin..










Read more...

We are 5!


Ok kali ni mari kita mencuci mata dengan melihat wajah2 cun gadis2 pingitan ini... dengan berbaju kurung semuanya... alahai.. so ayu dan manis macam gadis melayu terakhir pulak.. ;-)



Mereka semua ni sepupu... seronok betul kan bila ada sepupu yang lebih kurang sama baya macam ni.. esok bila masing2 dah besar semua seiring je.. nanti boleh buat group gossip girls... hehehehhe..

Masa shoot hari tu semua nak jadi macam kak Long esp Sofia yang berbaju biru tu.. apa Kak Long buat dia pun nak tiru.. mata asyik pandang Kak Long je macam admire betul dia dengan Kak Long nya itu.. hehehe.. habis la Najwa.. kena prepare awal2 ni... esok lusa mesti sofia pandai mintak mekap pula.. hehehhe...

Walaupun pada awalnya semua model2 macam tersipu2 malu je.. tetapi alhamdulillah sessi berjalan lancar.. saya suka usik mereka ni.. dari tersimpul2 malu terus sampai tergelak besar nampak semua gigiiii... It was such a fun capturing those moments.. teringat masa zaman kecik2 camni.. tapi saya tak lah secomel mereka ni.. lengit ajer muka kehitaman tapi rambut blond.. hahahha.. tak ubah macam negro rupaku dulu.. kalau amik gambar.. muka masam mencuka.. konon2 tak bagi org amik gambar.. saja buat2 muka masam sambil mata menjegil macam nak makan si tukang amik gambar..LOL.. alamak dah melalut citer pasal diri sendiri pulak..

Oklah.. kesimpulannya.. saya suka tengok rambut mereka ni.. lurus halus tak payah buat rebonding dah.. mata pula sepesen... itulah trademark family mereka..

Ok all.. enjoy the show!!! :D
Ok










Read more...

Fahim sudah besar



Ingat lagi tak dengan Fahim yang suka sengih ni? masa ambil gambar dia dulu.. dia dia baru je pandai meniarap.. merangkak pun belum lagi.. tapi hari tu berkesempatan merakamkan portrait Fahim dan keluarganya sekali lagi.. wow.. kali ni Fahim sudah boleh duduk dengan stabilnya..




Kali ni fahim ambil gambar satu family.. kakaknya Juni sibuk mengusung beg sekolah ke sana sini.. memang tak mau lepas.... so most of the time adalah begnya tu sekali dalam gambar.. kiut betul.. kecik2 lagi sudah excited nak pergi sekolah..

Fahim pulak so unpredictable mood dia hari tu.. mula2 sengih (memang fav dia la kan) pastu at one time dia moody.. oh rupanya ngantuk.. sempat jugaklah fahim tidor kejap masa session tu.. I just love his pics sleeping on his mom's shoulder.. tersentuh hati melihatnya...

ok semua.. semoga terubat sikit rindu pada Fahim ni ok.. enjoy the pics.. enjoy the slideshow!














Read more...

Tuesday, December 9, 2008

THANK YOU!

THANK YOU so much for the great responses everyone! All slots for 1 DAY MINI SESSION Promotion are filled on the 1st day we announced it!! Due to the overwhelming responses, we have extended the promotion to Sunday 28th for 2 more slots and they were also fully booked! Alhamdulillah :-)

Teruskan menyokong EOG ok! InsyaAllah dalam masa terdekat ni ada lagi satu promotion yang bakal diwarwarkan... ;-) sempena new year 2009 pulak *wink* .. saya cuba lakukan yang terbaik so that everyone can get the chances.. however all of our promotions are limited to certain numbers of clients only... it is based on 'first comes first serve' basis..so... jangan ketinggalan ok! Make sure u bookmark this blog.. click everyday.. so u won't missed any of our irresistable promotion ever again ;-)

Walaubagaimanapun.. kepada semua yang free pada 27 & 28 December nanti boleh lah datang sekali ke Taman Putra Perdana to view our products for free.. Ada some products yang belum sempat saya post di sini, saya akan paparkan di sana insyaAllah... so jom sama2 memeriahkan suasana.. boleh kiter kenal2 dengan lebih rapat.. mostly kiter hanya kenal tru online saja kan :D saya doa2 moga cuaca hari tu baik dan tak hujan insyaAllah..

Ok setelah lama tak dapat online hari tu.. maka makin banyaklah gambar yang hendak di share sama2... lepas ni nampak gaya kena buat marathon update gambar... ok mari kiter mulakan dulu dengannnnn.. sneak peek for some of the photos I took in November sessions.. Ada few yang sempat saya update before.. and here are the rest of it..


Newborn Fath Ahmad Fahim... ahhhhhh how i love newborn..


Adam's 1st Birthday in P.D


Jasmine's BIG family... rasanya ni the biggest family i've ever shoot kot..


My dear Nabeel's 1st Bash


Aqeel's 4th session


Adam the handsome guy


A man with 4 girls in his life


Dhia Kayeshah ... oh.. i must admit this was a very challenging one ;-)


Dhia's 4th session


Enina's gurlsss
..till next entry..
take care!

Read more...

Wednesday, December 3, 2008

NOW..everyone can POSE!!

1 DAY MINI SESSION


RM 150 ONLY!!





+ 45 minutes photoshoot session

+ High resolution images in a CD

+ A fun time with your beloved family

AND..

ENJOY 10% Discount on all PRODUCTS!




Only 5 slots available. Don't miss it!

HURRY!! mark your diary NOW!! for a date with Zubye

on : Saturday, DECEMBER 27th 08

where : Taman Putra Perdana, Putrajaya


Choose the slots below and call ZUBYE @ 019-3659274 for booking.

Slot 1 : 9.00am-9.45am
Slot 2 : 10.00am-10.45am
Slot 3 : 3.00pm-3.45pm
Slot 4 : 4.00pm-4.45pm
Slot 5 : 5.00pm-5.45pm



to those who didn't get the chance to book, you are invited to view our PRODUCTS SHOWCASE for FREE! We have more options for NEW Albums, Packages, Canvas Photos, etc. Come! lets join the FUN and get to know ZUBYE better!!

Read more...

Blog Archive

Contact

Phone No : 019-3659274
Yahoo Messenger : zubye
E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors

EOG visitors