Friday, October 31, 2008

Deepavali & Birthday double celebration

Pengalaman yang baru dan sangat seronok saya rasakan bekerja dengan family ni... saya berpeluang mengambil gambar S.Arunan yang menyambut 1st birthday nya yang kebetulan diadakan sehari selepas mereka menyambut Deepavali.. cantik deco di dalam khemah siap ada banner besar untuk Arunan di tempat potong kek.. penuh meriah majlis itu dihadiri rakan taulan dan sanak saudara yang datang tidak putus2 meraikan hari istimewa mereka.. paling best is the clown part yang sangat kelakar menghiburkan para tetamu yang datang.. ada saja idea spontannya yang buat semua orang ketawa.. ada yang kena berlakonlah.. menyanyi rock lah..kena cat walk dan macam2..

To Shirley and Seelan.. I do hope u guys love all the photos here.. (i have so many photos that i love till i don't know which one to be put first.. ) I hope these photos will at least make your day and many thanks to both of you and family for having me to capture this colourful and beautiful event of yours.


















Read more...

Thursday, October 30, 2008

Because... their mom is sneaking LOL!!


Ok ini dia.. the Aloha pool party yang saya janji nak sneak peek tu...

ini nampak gaya bukan sneak peek dah ni..ni consider full entry ni... hehhe..

ok Dian .. nanti boleh belanja kiter minum kopi tau!! :p kalau nak belanja makan pun, kecik tapak tangan swimming pool saya tadahkan LOL!

Kalau sebut sahaja birthday party pastilah meriah.. tidak kurang juga birthday party ala2 hawaian ni.. penuh dengan hilai tawa bukan saja kanak2 malah ibu bapa juga.. bukan setakat hilai tawa.. malah tangisan kanak2 juga kerana tak nak keluar dari pool tempat bermandi manda.. sebenarnya it was a double celebration for Dian's daughters, Dania and Nabila.. oh tidak ketinggalan sebenarnya for hari raya open house too.

Seronok tengok semua enjoy the games.. sporting2 semua kanak2 ni.. lepas potong kek.. mari kiter terjun tiruk dalam pool pula.. sampai kecut2 baru naik.. :D

ok lah hope you guys happy viewing all the photos here.. lepas ni.. kiter tengok double celebration for Deepavali + Birthday pulak ye... tunggu!!!

untuk Dian.. hope it worth waiting for *wink ;-) now you can stop hitting the refresh botton LOL!

































to the host of the party, thanks for the great hospitality! Dian... ni hadiah utk u penat dok tekan refresh je dari tadi... ekekekkeke...



"What can I say Zubye...u r by far the best photographer I have ever met...with your personal touch and your friendliness...so nice to have you taking our pics on that special day...So ni confirm I have a few more sessions to do:

1. Family portrait outdoor
2. Nabila and Dania photos - outdoor jugak...

So can't wait. I will give and book your date okay? Tunggu my sister balik from Hawaii....

Plus, we are pratically related! ha.a.a.a I just love your work la darling! Bestnyer...suke giler...Now you are going to kill me by making me wait for the real thing....hah...

luv
dian and family!"

~ Dian

Read more...

Wednesday, October 29, 2008

Sneak peek... err no. berapa ye...?

...hahhaha... terlupa..
ok..ok.. sneak peek no 7.

ini dia 5 gadis pingitan..
Kak Long, Eika, Fira, Aween and Sofea..
seronok betul ambik gambar mereka ni.. serasa bagai di alam fantasi dan macam nak buat shoot iklan hari raya je rasanya... :D

Enjoy!!!

Aloha Party coming up after this!!!










Read more...

Tuesday, October 28, 2008

Sneak peek 6

It's Ayra Alisha 1st Birthday Bash!











Read more...

Sneak peek 5

Kulihat hijau....


ok lah nak stop dulu kejap.. nak masak2 for lunch.. lagi pun irfan tak sihat sangat tu.. nanti kalau sempat before gi event malam ni saya sambung k!

take care!








Read more...

Sneak peek 4

yesss.. more sneak peeks..
no. 5 is coming after this :-)










"nasib baik tak nampak muka berpeluh mcm air terjun tu..haha..thanks zubye! really really love the pics!"
~ Husayn's mom

Read more...

Saturday, October 25, 2008

Pulangnya Umar Zharif menghadap Penciptanya..


Pulang sudah anak kecil ini menemui Penciptanya... pada petang hari Jumaat penghulu segala hari 24th Oct 08; semalam. Pemergiannya menamatkan sebuah episod penderitaan yang ditanggungnya selama setahun lebih di muka bumi Allah ini... anak ini sesungguhnya benar2 telah berjuang sehingga ke hembusan nafas terakhirnya.. Alhamdulillah, perginya sungguh aman.. cuaca mendung mengiringi pemergiannya..

Walaupun tidak akan ada siapa yang akan sampai hati melihat keadaannya di akhir2 penghujung nyawanya.. malah saya menangis semahunya menatap wajah dan badan lesu anak ini yang penuh dengan darah yang keluar dari segenap lubang yang ada di badannya.. tetapi hati rasa puas dapat menciumnya walau hanya di sipi2 ubun2 kepalanya.. bau bayi nya masih lekat..

Mulia hati kedua ibubapanya kerana tidak pernah sedikit pun saya dengar mereka mengeluh menjaga umar selama dia sakit.. hospital sudah bagaikan rumah kedua bagi mereka.. malah ketika Umar sudah dikapankan.. ibunya lah yang memangku Umar di dalam kereta sehingga ke masjid.. perjalanan terakhir selama satu jam di dalam kereta bersama anak tercintanya itu.. sudah pasti akan merupakan satu pengalaman dan kenangan yang tidak akan dilupakan seumur hidupnya.. benar kata orang hanya insan terpilih sahaja yang akan dipilih Allah untuk menerima ujian seberat ini.. keihlasan hati kalian Joe dan Ja, hanya Allah sahaja yang akan memberi rahmatnya..

Akhirnya Umar telah pergi... pergi meninggalkan ibu bapa dan seorang kakaknya dan meninggalkan kita semua. Allah telah menetapkan itu yang terbaik untuk dirinya dan keluarganya.. Buat kedua ibu bapa dan keluarganya.. Bersabarlah.. kerana sudah tertulis hikmah yang tersirat di sebalik semua ini.. yang pasti kalian tahu.. Umar dijaga baik oleh bidadari2 syurga di sana.. tempatnya di syurga telah terjamin.. dia pasti mendoakan kesejahteraan kalian yang telah menjaganya dengan cukup baik selama hayatnya..

Umar, damailah engkau di sana.. kami akan sentiasa merinduimu..
Al-fatihah.


p/s: buat yang baru mengetahui tentang Umar, saya pernah menceritakan tentangnya di sini.. sedekahkan lah Al-fatihah buat anak kecil ini..


Pada malam ini Sabtu 25th Oct, dan esok Ahad 26th Oct, akan diadakan satu majlis tahlil untuk Allahyarham Umar di Masjid Al-Mukmin USJ 2, Subang Jaya. Majlis akan dimulakan selepas solat Maghrib. Pada yang berkesempatan bolehlah menziarahi kaum keluarga Umar di sana. Pada yang inginkan penjelasan mengenai direction ke sana bolehlah menghubungi saya di 019-3659274. Terima kasih.





a note from Umar's mom.. semoga dia terus tabah.. insyaAllah..

"Jubye, zillion thanks & appreciation to u,shikin,muni,falen,sa & adelin(yg lain2,aku faham situation masing2) & wani yg dtg jugak while stil in confinement.. u were there towards his last breath and alin esp on his last breath.. i dnt thnk i can go thru yesterday without hubby & korang. eventho we had prepared ourselves for 'that' day to come, but it came really fast & sudden. i thot it will be another 2-3 more years or maybe longer after the transplant, but Allah lebih sayang Umar. but for sure, we're relieved that he didn't suffer as much as others & as long as others had too.. memang rezeki Wan Umar Zharif murah..sgt murah. and beliau pergi meninggalkan kami dengan kenangan yg sgt manis, hilai tawa, baby babbles, dance moves, puas makan segala chocolate & kuih raya yg dia suka & many more to describe.. also kembali pada hari yg mulia, bulan yg mulia. seperti dah tahu dia akan pergi, lana cuti skolah in Oct & dapat spend a lot of time with his lil brother while hubby mmg really attached with him since these past months..i wish i could spend more time with him & dnt have to leave him 10 hrs daily..outstation some more..aku sedih sgt..tapi aku redha dgn semua ni.. he suffered for 13hrs only and Alhamdulillah, i was there with him..thanks again to u guys, korang lah sahabat aku dunia akhirat.. tak pernah skali pon during my suka duka moments, korang takde dengan aku..yr presense are always there in every page of my life, from my late mom's to Umar's time.. love ya!"



and this is his mom's writing at her blog :


AL-FATIHAH TO OUR LOVE, WAN UMAR ZHARIF
"Salam sahabat2 smua..its been a while since i last update ths blog. Dari sehari ke sehari i tangguhkan niat to update about Umar in here, but today, my update will be the last about him, my LOVE, my Umar Zharif.Our son telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat, 24 October 2008, jam 3pm dan dikebumikan selepas Isya' di Tanah Perkuburan USJ 21. Beliau meninggalkan kami pada hari yang sangat mulia & di bulan yang sangat mulia juga.. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami supaya ditamatkan penderitaan beliau dan semoga beliau dijemput ke syurga. We couldn't stand watching him suffer anymore especially on his last 13 hours.. walaupun sangat berat hati ini nak melepaskan beliau pergi, kami tetap redha dengan ketentuan & ujian Allah ini. Lafaz kesyukuran ke hadrat Ilahi tak pernah lekang di mulut kami kerana meminjamkan kami seorang anak yang sangat mulia, penyayang, lengkap sifat kejadiannya dan cukup kuat semangatnya. Eventho tak puas kami bermanja, bermain & mencurahkan kasih sayang pada Allahyarham Umar, kami pasti Insya Allah beliau akan memanggil kami ke syurga nanti.. Doakan lah kami suami isteri cukup amalan & kewajipan pada Allah agar dapat berjumpa semula dengan Allahyarham 'di sana'..Diharap sahabat semua dapat sedekahkan Al-Fatihah dan Yaasin untuk Allahyarham..semoga beliau tenang & bahagia di syurga..Setakat ini saja post buat kali ini.. I'm not in good condition yet..sebak..."

Read more...

Thursday, October 23, 2008

Sneak peek 3

ok.. this is one last post before I go to bed..
3 more sneak peeks to go!!
tapi sekarang sudah sangat mengantuk...
dan tak dapat nak berceloteh panjang kali ni :-)
hope all those pics can speak louder than my words... :-) ecehh..










esok got 2 more sessions.. harap2 dapat bangun awal lah hendaknya.. kena hantar Irfan rumah nenek dulu sebelum mamanya pegi keja.. esok kan cuti.. nursery tak bukak.. abahnya pulak ada urusan pulak esok..

1 portrait session pagi.. petang pulak ada birthday!! yay!! sedang fikir nak bawak ke tak Irfan to the birthday party since macam dia dah start batuk semula.. :-(

lusa hari selasa.. ada ambil gambar birthday a.k.a Deepavali pula di Banting.. mungkin tak dapat nak online sampai Rabu rasanya.. apa2pun.. take care.. and have a great day ahead!!

... dan terima kasih sudi singgah sini untuk tengok update kamiiii... :-)
selalu-selalulah jenguk lagiii!! :D


till then,

Zubye



"hi zubye..nice to meet u in person..masa my session hr tu xsmpt nak borak sgt..thanks to dyan's kids bday party..n to herself jgk yg berjaya menggoda i buat photoshoot ngan u..hihi..hope to get in touch coz definately there will be another session to come ;)nak book awal2 for Nia's 1st bday (kot nnt u super bz..hihi)the pics are nice!! sukee ;) xsabar nak tunggu CD siap.."
~ Nik, Nia's mom

Read more...

Sneak peek 2

Still in raya mood ;-)








yeah.. 1 more sneak peek after this before I go to sleep... :-)

Read more...

Sneak peek 1

Yeah! jumpa Fahim and family lagiii.. :D






moreee sneak peeks after this...
sooo keep your eyes on this space ya!!


Read more...

Tuesday, October 21, 2008

Eva is ONE!!

Maaf, lama saya tangguh untuk entry ini.. pada hari yang saya janjikan untuk update hari tu.. saya buzy ambil gambar kemudian ke Nikon Service Centre di PJ kemudian terus ke ikea untuk membeli beberapa props baru untuk shoot newborn dan kemudian ke Amcorp Mall pula untuk mengambil canvas yang sudah siap (oh.. canvas tu merupakan product terbaru EOG.. nanti saya update ok!)

Dari hari Rabu hinggalah semalam saya bz mengambil gambar outdoor session.. jadi balik rumah pun dah limited time di depan pc.. kalau on pc pun, masa banyak dihabiskan untuk edit dan buat album for pending works..

Hari ini saya terpaksa menangguhkan semua portrait photoshoot yang telah dijadualkan kerana emosi saya yang masih belum stabil setelah kehilangan salah seorang yang dekat dengan hati saya iaitu anak kepada kawan saya sendiri.. Susah untuk saya melupakan wajah kecil itu.. sampai sekarang saya asyik terbayang2 saja keadaannya semalam.. saya tidak boleh buat kerja dengan keadaan kesedihan begini.. I just need a break at this moment, at least one day.. sebab everytime i saw a baby/kid, they will remind me of Allahyarham.. which i've to admit.. ada sedikit terkilan dalam hati saya kerana tidak sempat merakamkan portraitnya dan keluarga ketika dia masih hidup..

Alhamdulillah.. clients saya semua faham dan memberikan saya ruang to be back to normal... InsyaAllah esok.. jika tiada aral, saya akan mengambil gambar semula as scheduled... hinggalah ke hari Rabu minggu depan.. jadual saya agak pack di cuti panjang ini.. dan ini bermakna saya tidak bercuti.. :-)






Oklah.. ini ada cerita untuk majlis hari jadi Eva.. yes.. our future heartbreaker is now 1! :-) saya pernah ambil gambar portrait Eva before puasa dulu.. lepas je session tu her mom set the appointment for birthday photoshoot pula.. :-)





Majlis hari tu dimulakan agak lewat dari yang dirancang.. kerana hujan pada petang tu turun selebat-lebatnya.. oleh kerana party ni is an outdoor party.. so kena lah tunggu hujan redha dahulu.. tidak sia2 menunggu kerana walaupun sudah terlewat majlis tetap berjalan lancar.. dengan kanak2 comel riuh memenuhi setiap ruang..

As we can see in the pics, deco sangat cantik dan lembut sesuai dengan personaliti Eva.. kaler pink.. oh memang sweet sekali..dengan birds and butterfly origami yang bergantungan di sekitar khemah.. lagi tambah cantik majlis itu..

Ok.. this is the highlite of the party... hope u guys enjoyed viewing as much as i did!












InsyaAllah saya akan cuba update sedikit sneak peeks dari 6 sessions yang masih belum saya share lagi di sini.. semuanya saya ambil pada minggu lepas..


till then..
take care! and have a greeaat weekend and holiday!!


Read more...

A date with an adorable family

So sweet this family... sweet sgt2 tak tau nak cakap sweet macamana.. soft ajer semua.. sampai saya nak suruh berposing pun saya pulak yang naik segan.. maklumlah saya ni jenis belasah dan ramah ajer... kalau ikutkan maam2 perkara saya nak suruh buat.. tp bila berhadapan dengan family2 sweet macam ni... tukang amik gambar pula yang jadi kaku...hikhikhik...

They are such a perfect family.. si ibu berwajah lembut saja.. tanpa sebarang calitan mekap di muka... dia memang cantik... dapat anak sepasang pula tu.. seronok rasanya hidup bagaikan lengkap sahaja... anak2 pula comel2 belaka... si abang memberi saya senaman secukupnya hari tu.. bagus juga.. yelah musim2 raya ni.. berat badan naik tak dapat siapa nak tolong lagi.. adik pula tak banyak perkara yang boleh dilakukannya.. berbaring dan tidur sekejap.. nyaman sangat udara di situ agaknya sampai kami bising ambil gambar dia pun lama boleh dia tidur..

By the time saya tulis ni.. mereka semua telah selamat terbang ke Perth.. the dad working there while ibu mereka sambung belajar di sana.. Mudah mudahan kalian semua happy with your new life over there ok!
to Sheri and family.. wish u all the best and hope u love all the pictures!!




















Read more...

Raya open-house a sneak peek

Minggu lepas saya berpeluang merakam majlis open house di Kinrara.. Tuan rumahnya merupakan kakak senior saya masa di sekolah dulu.. Sis Idayu.. Menu utamanya nasi beriyani siap diimport dari Batu Pahat.. wah.. memang tak sia2 kerana memang sedap betul rasanya.. thanks for having me to capture the beautiful scenary of your event, kak Ayu!

ok ni ada gambar sket dulu.. saksikan dulu yang ni k.. nanti saya nak update entry lain weekend saya yang lepas.. :-)

enjoy!!















Read more...

Wednesday, October 15, 2008

Yummy!

Don't you think they are sooo yummy??? hehheheh...

so here is the sneak peek no. 2 for my session last weekend.. :-)
so cutee this baby .. kalau takde ummi dia.. mau saya gigit sket perut dia yang berlapis2 tu.. hehheheh... tapi si ibu sentiasa mengawasi anaknya... agar dapat memastikan yang saya tidak akan memicit2 perut gendut anaknya ituuu... hahahha.. jgn marah Ainal.. you know how much i geram with your baby kannn :-)





I supposed to have 1 more session last Sunday.. tapi cuaca tak mengizinkan... so we have to reschedule the session to other date... hopefully this time tak ujan lagi.. thanks Azliyana for coming to Shah Alam all the way from Bt Tiga.. yeah nak selamat next time kiter buat pagi... can't wait to see you and family next 2 Friday... ;-)

nampak gaya macam kena cepatkan je time nak shoot petang for the next sessions... i guess start at 2pm is just the right time kan.. sebab tgk now ni ujan at 4... hmmm... nanti akan dibincangkan...

ok to all.. meh join saya geram dengan baby ni...

Have a fun day!!

Read more...

Tuesday, October 14, 2008

Anak patung bermata bulat...

Adoiyaiiiii..!!!


Read more...

Sunday, October 12, 2008

2 are done!

2 more to go!!
Chaiyok! Chaiyok!


1- A date with an adorable family







2- Yeah! Eva is 1!





... and I got two more sessions tomorrow... it's already 2am and here i am still in front of the PC uploading these pics.. ;-) so happy looking at their pictures i took even after a tiring day today.. because I enjoyed every second I spent with all them.. :-) thanks for all those beautiful moments, friends!

Read more...

Friday, October 10, 2008

October schedule




Alhamdulillah... nampak gaya akan buzy lagi lah Oct ni... semua slots weekend sudah terisi... jadi di sini saya nak update sikit schedule untuk bulan Oct ni...



Saya mintak maaf banyak2 pada yang masih emailkan saya bertanya tentang slot di bulan ini.... sekarang hanya tinggal 2 slots saja lagi untuk dipenuhi.. itupun pada weekdays... mungkin sesuai untuk ambil family portrait kalau ada yang boleh mintak cuti kerja ;-) tapi untuk open house or other events tak sesuai lah kot buat in weekdays kan... Maaf saya tak dapat nak selit2 lagi untuk weekends date... satu hari saya boleh ambil 2 sessions sahaja.. sebab saya kena jaga stamina dan kualiti juga... quality is better than quantity kan ;-)... jadi saya harap anda semua faham... saya tau anda semua very understanding and very supportive kan! Thanks!! Takpe.. bulan Nov masih ada lagi slot kosong untuk dipenuhi... bolehlah email saya for booking ok!



Ok ni jadual saya untuk bulan Oktober ni.. tidak sabar nak berjumpa mereka semua... kalau ada any ammendment especially on the location, please let me know tru email ok! terima kasih atas sokongan semua yang tidak putus2 terhadap EOG :-)






Thu 8/10 morning - Sheri's family portrait - Shah Alam



Sat 11/10 evening - Eva's 1st Bash - Pantai Hill Park

Sun 12/10 morning - Ainal's family portrait - Shah Alam

Sun 12/10 evening - Azliyana's family portrait - Shah Alam


Sat 18/10 morning - Fahim's portrait - location to be confirm

Sat 18/10 evening - Sis Idayu's open house - Kinrara

Sun 19/10 morning - Azleen's raya portrait - location to be confirm

Sun 19/10 evening - Intan's raya portrait - location to be confirm


Sat 25/10 morning - Alissa's newborn portrait - Jln Tun Razak

Sat 25/10 evening - Enina's family portrait - Shah Alam

Sun 26/10 evening - Alisha's birthday - Sri Hartamas


Mon 27/10 morning - Najwa's raya portrait - KLCC park

Mon 27/10 evening - Dian's kids birthday - Taman Harmonis Gombak


Tue 28/10 evening - Seelan's kid birthday - Banting





Therefore.. ada dua lagi slots yang boleh saya offer for this month which are :



Wed 15/10

Wed 22/10



Ok.. email saya kalau ada sesiapa yang berminat with these 2 date ok!



Buat semua yang menjemput untuk openhouse terima kasih banyak2 diucapkan... mungkin saya tak sempat pegi pada sebelah siangnya... tapi kalau ada kelapangan insyaAllah saya try selit2 my time and pergi menghadiri jemputan open house pada sebelah malam... alamak.. suka suka je... boleh ke saya datang malam kawan2? hehheh takpelah nanti saya call dulu yer... rumah my mak sedara dengan pak sedara pun belum habis ziarah lagi ni... InsyaAllah will do that with my family nanti.. also waktu malam... takpelah malam2 pun hari raya jugak kan.. ;-)



Oklah... ni dah Friday.. tak sabar nak jumpa client2 ni semua sabtu dan Ahad nanti.. dan tak sabar nak sambung beraya... Jika ada sesiapa yang ingin bertanya anything... or ada apa2 urgency boleh lah email pada saya di eyesofgrace@gmail.com ataupun boleh call terus di 019-3659274. Kalau lambat angkat tu sori ye.. mungkin masa tu saya tengah sibuk bagi anak makan.. atau sibuk basuh kain ke... bz di dapur ke.. ataupun sibuk layan anak depan tv ... hehhehehe...



Ok.. till next time!! Mari kiter sambung raya and take care semua!!



Love,

Zubye

Read more...

Thursday, October 9, 2008

Salam Syawal

Selamat Hari Raya saya ucapkan buat semua pengunjung blog ini terutama sekali buat all my beloved Muslim clients. Maaf jika ucapan ini datang lambat dari yang dijangkakan. Maaf Zahir Batin juga buat semua andai saya ada terkasar bahasa dan terlanjur perbuatan sepanjang perkenalan kiter... dan terima kasih juga yang tidak terhingga kepada semua yang telah memberi sokongan kepada saya selama ini.. Semoga Syawal kali ini memberi nikmat dan keyukuran di hati.. Mari sambut Syawal dengan riang gembira ok!!





Malam raya kali ini merupakan suatu malam raya yang tidak pernah saya rasai sebelum ini.. berkongsi nikmat bersama anak2 yatim di Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong adalah penglaman yang sangat meruntun jiwa dan susah untuk dilupakan..




Beberapa minggu sebelum Ramadhan berakhir saya menerima email dari Kay (juga bekas client saya dulu :D) meminta saya untuk ambil gambar Birthday anaknya Danish yg pada rancangannya ingin dibuat pada malam raya.. mendengar perktaan "malam raya" sahaja secara ikhlasnya.. agak keberatan untuk saya menerima pelawaan mereka.. kerana saya hanya berpeluang raya di rumah ibu dan babah saya 2 tahun sekali (maksud saya malam raya dan raya pertama) jadi ingin sekali saya merasa keseronokan malam raya itu di rumah bersama ibu babah dan adik beradik yang lain.. maka dengan berat hati saya terpaksa menolak pelawaan Kay..



Seminggu sebelum raya.. email darinya menyusul lagi.. kali ini katanya agar saya dapat reconsider permintaannya itu.. dan kali ini dinyatakan sekali birthday itu akan dilangsungkan di rumah anak2 yatim di Puchong.. mereka ingin berkongsi keseronokan itu bersama mereka.. dan.. bila mendengar sahaja perkataan "anak-anak yatim", terus luluh rasa hati.. rasa simpati kepada kanak2 yang tidak beribu dan berayah itu menimpa perasaan saya.. ingin sekali menyaksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana mereka menyambut raya dengan tiada sanak saudara di sisi.. maka setelah meminta persetujuan dari suami.. saya pun menerima pelawaan Kay.. terima kasih buat Kay sekeluarga kerana memberi penglaman berharga ini untuk saya..





Sampai sahaja di sana.. apa yang saya sangka jauh sama sekali dengan apa yang saya saksikan.. kanak2 riang berlari di halaman rumah amal itu.. rumah terang benderang dihiasi khemah dan belon.. wajah2 ceria memenuhi segenap penjuru.. namun dalam hati mereka siapalah yang tahu.. saya kagum dengan anak2 ini.. mungkin sudah saban tahun menyambut raya bersama kawan2 membuatkan mereka rasa biasa dengan rutin tahunan mereka itu...


Mendengar takbir raya sambil memerhatikan anak2 itu riang gembira bermain bunga api memberi seribu satu rasa runtunan perasaan yang bukan kepalang dalam hati saya... tidak tau kenapa saya begitu pilu dan sedih tatkala melihat mereka bergembira.. sehingga nak ambil gambar pun terasa susah untuk saya mengawal perasaan.. saya tidak pernah melalui pengalaman ini.. inilah yang pertama.. mengapa saya rasa begitu sedih melihat mereka gembira? mungkin kerana saya hanya bayangkan hari2 mereka dipenuhi dengan kawan2 sahaja.. tanpa ibu dan ayah bagaimanakah sambutan raya pada mereka.. sedang saya terlalu ingin bersama keluarga di malam raya.. kali ini.. malam raya yang lepas benar2 telah menginsafkan saya bahawa saya adalah antara insan terpilih yang bertuah kerana masih punya ayah, ibu dan keluarga.. tetapi dalam masa yang sama.. ada insan lain yg sejak kecil telah diduga Allah dengan jalan hidup mereka.. maka malam itu saya betul2 bersyukur.. dan begitu tenang menghayati takbir raya yang dialunkan sambil memerhati mereka yang terdiri dari pelbagai peringkat umur.




Sekurang2nya dapat saya merakam kesucian yang jelas terpancar pada setiap wajah anak2 kecil ini... mereka semua friendly.. senang sahaja ingin mengambil gambar mereka.. nampak sahaja kamera saya.. senyuman mereka meleret..saya tidak tau apa yang ditafsirkan dalam kepala mereka.. yang saya lihat.. Alhamdulillah, anak2 ini terjaga kehidupan mereka.. mempunyai makan pakai yang cukup.. mempunyai kawan untuk berkongsi keseronokan bersama.. mempunyai guru2 yang sayang pada mereka.. semoga masa depan mereka nanti juga cerah.. dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi insan2 yang telah menjaga mereka selama ini..





Tatkala acara memotong kek ingin dimulakan.. kanak2 itu sudah tidak sabar2 lagi.. ada yang sejak awal berkerumun di meja.. beratur meminta party favors dan cupcakes diberikan.. kemudian seronok menyanyi bersama2 untuk Danish yang diraikan.. riuh rendah suasana.. gembira mereka kerana ada yang sudi berkongsi kegembiraan itu dengan mereka.. kemudian bersama2 mengaminkan doa buat Danish.. seolah2 mereka telah kenal dengan birthday boy lama.. mesra sahaja mereka... bertuah rasa diri saya dapat merakam suasana itu...

Buat Kay dan suami.. apa yang kalian lakukan ini adalah suatu yang istimewa buat anak2 kecil ini.. mungkin mereka masih belum faham.. tetapi dari sehari ke sehari waktu menganjakkan usia mereka.. dan apabila mereka semakin dewasa.. mereka akan mula mengenang kembali hari2 mereka di rumah ini dan akan belajar menghargai setiap kasih sayang yang kalian dan orang2 sekeliling curahkan kepada mereka.. mudah mudahan semakin murah rezeki Kay dan keluarga InsyaAllah..









Sekali lagi.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua... di kala kiter bergembira jangan lupa pada yang kurang upaya dan yang kurang bernasib baik... hulurkan bantuan.. hilangkan beban mereka walau hanya dengan sekuntum senyuman.. bukan wang ringgit yang mereka perlukan.. dapat merasa bahang kasih sayang yang mereka rindukan dari kedua insan yang bergelar ibu bapa itulah yang mereka dambarkan.. semoga kasih sayang kiter buat anak2 ini tidak hilang begitu sahaja.. selitkan kebahagiaan mereka dalam doa kita semua.. InsyaAllah agar dapat mereka raikan hari raya ini dengan penuh gembira..




"thanks a lot zubye..kay xtau camner nak balas jasa baik zubye coz sudi bersama2 kami pd mlm tu. All the pics are superb!! and no doubt about it :)

kay harap dgn ade nye 'kenangan' ni our beloveed Danish akan m'besar menjadi insan yg penyayang dan pemurah..thanks again to u and your family . we really appreciate it :)"

~ Kay, Danish's mom

Read more...

Blog Archive

Contact

Phone No : 019-3659274
Yahoo Messenger : zubye
E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors

EOG visitors