Friday, April 27, 2007

Adam Rizal and family..

click here to see more pics

Saturday; April 21st 07
Wangsa Maju, KL

Adam Rizal ~ baru habis pantang



Saya geram!! geram sgt melihat pipinya yang montel lagi montok itu.. saya akan pastikan anda semua akan rasa ingin menggigit2 pipi bayi ini .. hahahha betul tak? ada rasa nak gigit tak.. badannya pun berketak2 mcm ada simpan air di dalamnya.. wajah saling tak tumpah seperti papanya. geram saya tgk.. rasa nak picit2 je semasa kejadian shooting ini berlaku.. nasib baik mama dan papa nya ada kat situ.. kalau tak.. uhuhuhu siap lah adamm..







masa mula2 cepat2 saya pakaikan dia dengan reben yang saya bawa ini.. nasib baik dia tidak melawan... saya pakaikan sekejap sahaja takut dia tidak selesa.. tapi saya pastikan ada byk gambarnya memakai reben saya ambil.. its such a wonderful gift to u and hubby kan zura? saya diberitahu rupa2nya Adam dilahirkan pada ketika mereka menyambut anniversary pertama perkahwinan mereka.. how sweet.. memang hadiah paling berharga buat anniversary kalian!







mata Adam banyak berhubung dengan kamera saya.. dia suka kamera lahhhhh!!!!!!! Adam tenang sahaja ketika gambar nya di ambill dia memang suka bergambar kot.. saya rasa suka sgt sebab dia memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap saya... kecuali apabila tidur sahaja matanya terpejam..





Lihatlah gambar2nya ini.. dia pandang kamera kan?? lagi sekali.. kejap.. saya rasa nak makan2 gambar Adam ni... (kes geram melampau)






mama dan papanya pula tidak kurang hebatnyaaa.. thanks zura and hubby kerana begitu sporting menyajikan aksi2 terbaik untuk di rakamkan.. :-) akak gembira sepanjang shooting.. siap di saji dengan air teh dan goreng pisang.. thanks to auntie!




Ketika aksi dibawah ingin di rakam.. satu kejadian yang amat tidak buleh dilupakan telah berlaku.. ketika kami semua sibuk menjadi photography director, satu pancutan kuat telah dihasilkan oleh baby adam.. ekekkekek dan tepat kena ke muka papanya! ekkekeke.. kesian papa.. takpe.. hanya najis ringan sahaja.. Adam pula pandai pilih papa ye.. ketika itu kami ketawa terbahak2 dan saya pula tak mengambil gambar.. kalau lah saya ambil.. mungkin saya boleh sambung ketawa lagi di sini.. tapi secara jujurnya.. saya amat berterima kasih kepada papa Adam yang byk membantu saya menghasilkan gambar2 terbaik.. terlalu sporting utk mengikut setiap idea saya.. baik dari segi memegang, mendukung.. semua dilakukannya.. lihatlah hasilnya.. ini semua dari kerjasama kalian berdua.. terima kasih tidak terhingga..






Gambar kaki ini antara gambar yang saya idam untuk ambil.. beberapa hari sebelum kejadian telah saya berangan2 utk ambil gambar seperti ini.. Akhirnya tercapai.. Alhamdulillah :-)


Adam sgt baik pada hari itu.. penat berposing (walaupun dia tak tau dia sedang berposing), dia tidur tidak menghiraukan keadaan sekeliling.. walau dalam lena wajah adam tetap kiut.. dan bertambah2 lah nampak ketembamannya.. saya mengambil kesempatan merakam ketenangan wajahnya ketika tidur..





Saya juga mengambil kesempatan mengambil gambarnya di atas sofa seperti ini.. kekkeke.. jgn marah saya.. saya tau anda kata saya kejam.. heheh tapi Adam merelakan.. lihatlah lena sungguh dia tidur hingga tidak sedar dia berada di mana..Jangan khuatir.. mama nya ada bersedia di belakang sofa itu utk langkah2 keselamatan :D





Buat Zura dan suami terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada akak untuk mengambil gambar si comel kalian.. akak suka tgk family zura.. nampak comel dan sweet.. semuanya sporting2 belaka.. harap zura dan keluarga gembira melihat gambar2 ini ye.. mungkin dengan melihat gambar2 ini akan mengembalikan kembali nostalgia pada hari itu (akak pasti tak akan lupakan peristiwa tu.. heheh)

Quote :

dear kak siti a.k.a Zubye,we all nak ucapkan thanks bebanyak kat akak sebab sudi merakamkan gambar2 yg cantik Adam nie. Memang tak puas tengok gmbr2 nie tiap2 hari :-) . At least ada lar kenangan semasa Adam kecil. Really appreciate your excellent job!! Thumbs up :-)Jangan luper kenduri nanti ye akak...

~Mama & Papa Adam

Read more...

Thursday, April 26, 2007

Alisha Hana dan Airell Hakim

click here for more pics


Saturday; 21st April 07
Bukit Jalil Park





Ini satu lagi kisah cinta zaman persekolahan yang membawa ke jinjang pelamin.. :-)
Wani.. rakan sekolah saya ketika sekolah asrama di Pahang.. merupakan antara rakan baik yang pernah saya ada.. terharu saya apabila dia juga sudi ber photoshoot dengan saya..
Suaminya, abg Amrul senior 2 tahun dari kami.. sudah jodoh.. mereka bersatu dan kini dikurniakan anak2 yang comel2 belaka..



Alisha Hana ~ almost 3 yrs old





Rambutnya tidak ubah seperti mamanya.. baru semalam saya perasan betapa lebat bulu kening si kecik ini.. combination between her ma and dad..


Umurnya baru ingin mencecah 3 tahun.. tetapi reaksi dan gayanya mcm budak sudah sekolah tadika.. inilah juga pertam2 kalinya kanak2 seusia ini yg sgt pandai berposing,.. kata mamanya ketika mau tidur pun mau gambarnya diambil.. bertuah saya rasa dapat mengambil gambar nya yang memang mesra dengan kamera..






Telatah dan gelagatnya juga sangat mencuit hati.. mulut yang petah berbicara.. wajah yang sentiasa diiringi dengan senyuman.. kadang2 nampak terlalu cheecky Alisha ini.. rupa2nya sebelum sessi mamanya telah memberitahu padanya supaya posing dulu sebelum bermain di playground (ada playground besar kat situ).. dan dia patuh!!.. hehe memang baik anak mama..





Airell Hakim




Airell masih baby lagi.. sgt disayangi oleh kakaknya.. tidak kekok apabila kakak memeluk.. matanya bulat.. ada iras Alisha ketika masih bayi.. Brtuah Wani dikurniakan cahaya mata sepasang..






Airell banyak tidur memang kebiasaan bagi seorang baby seusianya.. tapi sempat juga saya mengambil gambarnya ketika dia masih segar... tetapi saya tidak puas.. mungkin ada lagi peluang utk saya mengambil gambarnya di hari lain pula insyaallah..




Sekali lagi apabila menghadap gambar2 ini hati saya sgt tersentuh... mama dan papa mereka agak pemalu utk bergambar.. tetapi sekali sekal bergambar.. hasilnya membuatkan saya ingin mengalir air mata.. mcm sgttt sweet sgt.. entahlah.. semenjak saya aktif menjalankan kerja ini.. saya menjadi semakin sensitif dengan persekitaran saya.. manakan tidak.. setiap minggu melihat kemesraan ibu bapa dan anak masing2.. hato mana yang tidak tersentuh.. lebih2 lagi jika keluarga itu saya sudah kenal lama.. sudah saya kenal hati budinya...



Wani.. aku sgt suka dapat amik gambar ko sekeluarga.. i gained new experience lagi.. beside persahabatan kiter yang telah terjalin sekian lama.. aku berharap beberapa tahun akan datang kiter masih lagi berjumpa seperti ini.. dan berharap apabila mereka besar, ada gambar anak2 kiter berpimpin tangan antara satu sama lain seperti mana kita dahulu..:-)
Thanks wani and family!

Quote :

BYE.. great photos, fren! rasa cam tak caya tgk gambar2 tu.. Cantik walaupun kitaorg ni xde yg photogenic.. :-)Apa yg JA n KIN ckp tu mmg betul.Aku pun rasa syukur sgt ada family n frens yg sanggup susah senang skali.Hope one day, anak2 kita plak yg shoot gambar kita sama2 bila tua nanti..Luv u all...

~Wani

Read more...

Monday, April 23, 2007

Sarah Nur Adriana ~ satu impian yang tercapai

pls click here for more

Sunday; April 8th 07
Sri Kembangan Selangor

Sarah Nur Adriana ~ 40days +

Sebelum Sarah, pernah saya approach beberapa org ibu utk mengambil gambar baby yang baru dilahirkan mereka.. jawapannya sama.. masih baby lagi.. tidak tau buat apa lagi.. tidak tau berposing..baby asyik tidur saja.. sebenarnya sudah lama saya mengidamkan mengambil gambar baby seperti ini.. bukan pose dari mereka yang saya mahukan.. tetapi susah utk saya menerangkan kepada mereka bahawa saya ingin mengambil gambar baby ini dengan cara saya yang tersendiri..




Alhamdulillah seorang lagi rakan saya memahami.. dan memberi kepercayaan kepada saya utk merakamkan anaknya Sarah yang ketika itu baru berusia 40+ hari.. teruja saya mendengar persetujuan itu.. maka seminggu sebelumnya saya sudah berangan ingin ambil gambar macamana..



memang mudah jatuh cinta dengan Sarah ini.. mukanya dan kulitnya putih bersih... cantik.. memang sgt cantik! mereka yang sudah melihat gambar2 ini mengatakan sarah sgt cantik.. ye memang betul dia cantik..


ambil gambar baby memerlukan approach yang berbeza berbanding kanak2 yang biasa saya ambil sebelum ini.. perlu memberikan mereka masa.. dan perlu memastikan mereka selesa.. oleh kerana itulah saya tidak memaksa utk mengambil gambar mereka lebih2 lagi mereka mudah menangis.. dan saya lebih suka jika sessi itu dijalankan di dalam rumah.. tempat paling selesa pada baby itu..
tidak perlu background yang indah2.. cukup dengan sofa atau tempat tidurnya sahaja.. hehee



ini percubaan pertama saya mengambil gambar baby naked.. saya rasa ada keunikan di situ.. terselah kecomelan mereka.. ketika sessi bersama sarah alhamdulillah.. dia tidak byk meragam.. merengek2 sedikit itu adalah.. esp bila dia rasa mau tidur.. hehhe.. bila dia merengek2 cepat2 saya suruh mommynya sooth kan dia dahulu..





secara personal saya merasakan sessi ini adalah antara sessi yang saya amat sukai.. mungkin juga kerana keinginan mendalam tadi.. dan juga apabila melihat hasilnya membuat hati saya berasa begitu puas.. boleh dikatakan keseluruhan gambar Sarah saya suka.. sucinya seorang baby itu.. hanya kiter ibu bapa yang dapat mencorakkan masa depan mereka..




Alhamdulillah setelah saya publish gambar ini di fp, ramai yang meminati.. dan ada yang terus menghubungi saya utk mengambil gambar anak mereka begini.. sudah.. terkabul sudah impian saya.. terlaksana sudah ilham yang saya simpan2 selama ini.. dan terima kasih buat yang menghargai.. Alhamdulillah.. :-) sekarang saya macam addicted pula nak mengambil gambar baby... :D

Quote:

Bai... Big thanks to you Zubye. You make such a good shoot; membuatkan Sarah tu nampak bertambah-tambah cantik dan comel. Aku bersyukur yang amat kerana dikurniakan Sarah. Dialah penyeri hidup aku. Bai, sememangnya ko talented and creative. So apa jugak yang ko buat mesti menjadi. Sejak kat sekolah lagi, kan... Teringat aku pada zaman persekolahan. Ko dok kat meja sebelah aku waktu form 5 (",)Alhamdulillah, aku tengok minat yang ko usahakan selama ini dah menunjukkan hasil yg memberansangkan. Good luck untuk hasil kerja yang seterusnya. Salam sayang dari aku n Sarah. Mmuarhhh.....
~Saliza, Sarah's mommy


Read more...

Friday, April 20, 2007

Esok nya aktiviti...

update.. update..
Gambar baby sarah belum di upload lagi.. semakin hari semakin byk kerja yang perlu dilakukan.. alhamdulillah rezeki bertambah.. :-)

Semenjak gambar sarah di publish dlm fp saya.. ramai pula ibu2 yang menghubungi minta saya ambil gambar baby mereka begitu.. heheh.. dan sekarang saya macam addict pulak nak amik gambar baby.. ada byk pose yang tak sempat saya praktikkan pada baby sarah hari tu.. ye lah.. baby mana leh lama2 kan.. so maybe saya buleh praktikkan esok insyaallah..

Esok pagi saya akan shoot baby berusia 3 bulan bersama kakaknya yang berusia 3 tahun.. petang pula saya akan shoot baby yang baru sahaja habis pantang di wangsa maju.. doa saya agar semuanya berjalan lancar insyaallah..

oklah.. seperti biasa saya akan share sedikit gambar kegemaran saya yang sempat saya ambil minggu lepas.. kali ini di BIG Gathering mommies fp di Lake Garden..

enjoice!

Read more...

Monday, April 16, 2007

Arianna Dania's 2nd Birthday Bash



Saturday; Mac 31st 07
Kelab Golf Negara Subang
4-6pm

Saya dijemput menghadiri satu majlis hari jadi anak kepada rakan opis saya Sri. Cantik majlisnya.. berlatarbelakangkan.. banner yang dibuat sendiri oleh daddy Dania.. menjadikan party ini cantik dan meriah.. Ada clown, ada balloons.. dan ada magic show juga..


Cantik kan birthday girl ni.. Tahun lepas saya menghadiri majlis harijadinya di A&W PJ. Kali ini saya dijemput sebagai tetamu merangkap photographer majlis..

Birthday girl juga nampak riang (oppss.. asalkan tidak nampak muka clown) huhuhuh nampak gayanya.. clown kenalah cuba tukar style mekap lain kali.. hehhe kesian clown tak bersalah.. tapi anak saya, irfan pun menangis jugak tengok clown tersebut.. mungkin dalam hati tertanya2 ni makhluk apa pulak ni..

Dania juga merupakan kanak2 yg sgt bijak.. kerana terlalu sukakan barney.. lagu barney pun habis dihafalnya.. malah sebenarnya party ini pun bertemakan Barney.. Kami pun membawa pulang patung Barney yang diberikan oleh tuan rumah sebagai party pack.. comel patung tu and ada lagu2.. irfan pun berusaha nak menghafal lagu tu sekarang.. hehe


Di sini saya share beberapa keping gambar kegemaran saya.. buat seri, akak harap seri suka dengan gambar2 ni... senyumlah puas2 tgk aksi dania tu ye.. heheh.. thanks sebab trust in me and gave me a chance to capture your daughter's happy day..


Buat Dania Happy besday again from auntie.. jadi anak yang baik ye.. nanti adik dah kuar... Dania leh tolong mommy jaga adik lak ;-)


Read more...

Wednesday, April 11, 2007

Special Mom's Day Promotion for all out there!!



Read more...

Tuesday, April 10, 2007

update activity sket..

Sabtu saya ada photoshoot session dengan seorang baby namanya Sarah Nur Adriana.. baru lebih kurang 40 hari usianya.. tapi matanya.. kulitnya baunya buat saya jatuh minat padanya.. will story bout her more in the next entry.. this is one of her portrait that i shoot..

Ahad saya sibuk packing.. angkat barang turun barang.. kemas barang.. kerana kami telah berpindah ke rumah baru.. oleh kerana masih ada habuk2 lagi yang berkeliaran kat rumah tu.. jadi hak penjagaan irfan terpaksa diserahkan kepada nenek di gombak buat sementara waktu.. tapi tak lama.. rasanya esok kami akan ambil irfan semula.. tak tahan ler.. rindu aje manjang.. sampai malam mengigau2 menyebut nama irfan.. maknanya mama sudah parah.. heheh..

ok cukup buat kali ini.. saya mau pulang dan sementara irfan takde ni eloklah saya men setelkan semua perkara mengemas di rumah.. kerja mengedit pun perlu dihabiskan juga.. huhuhu.. ok till then c u in the next entry.. with more pics from me!

Read more...

Wednesday, April 4, 2007

What we did last weekend..

Sabtu , saya ke KGNS utk menghadiri jemputan Bday party anak kepada salah seorang office mate saya.. sekaligus menjadi photographer of the event.. Thanks Sri! i'll upload the photos soon.. :-)

Ahad pula saya ke FP Moms and Babies Gathering .. it was definitely the most sparkling evening ever!!
Ok..and this is my baby.. pada yang tak pernah tengok lagi tu... introduce you my one and only baby.. my heart and my soul.. Muhammad Zaki Irfan..

Picture taken masa Moms and Babies Gathering Ahad lepas.. saya takut nak lepaskan dia sorang2 naik buai tu.. sebab takde palang so.. rasa cam tak safe je.. tp he did it.. ekekkek.. personally i luv this photo so much..

I share with u some of my fav shots on that day.. Enjoice!!
Sayang terselit gambar org kat belakang tu.. tapi apapun.. saya suka jugak gambar ni.. hehhee..


Saya tunggu beberapa minit untuk mendapatkan shot ini.. tinggi jugak kanak2 ni menghayun buaian.. gerun saya tengok..




Ini pula gambar saya amik ketika mereka seronok berposing utk kamera lain.. suka tgk muka mereka..:D

Read more...

Blog Archive

Contact

Phone No : 019-3659274
Yahoo Messenger : zubye
E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors

EOG visitors